dnoBiz

Just In & Around My BoX



ibu tiri dera bayi

Ibu Tiri Dusta

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.

Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : MyMetro

 

Penderaan Kanak-Kanak

Ni lagi satu kes yang seakan akan dah menjadi darah daging dalam masyarakat kita, Kes penderaan kanak kanak umpama wabak yang tidak megenal bangsa dan agama.

Bermacam cara telah dilakukan untuk mengatasi kes penderaan kanak kanak ni, tapi ianya seakan akan tidak berkesan dan tiada sambutan dari masyarakat, hanya bila berlakunya penderaan yang terkini barulah masyarakat mula bising dan mula ambil berat, sedangkan kebayakan mereka tidak sedarpun penderaan yang terjadi di  sekitar mereka, dan tidak  pernah ingin ambil peduli dengan apa yang terjadi di rumah jiran mereka dengan alasan “tidak mahu jaga tepi kain orang”.

Bahkan tidak keterlaluan jika aku kata hapir 99% daripada masyarakat tidak tahu dimana tempat untuk laporkan jika mereka mengshakki ada berlakunya kes penderaan….

Sedarkah kita bahawa penderaan kanak kanak ni semakin meningkat dari tahun ketahun ? daripad statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes penderaan semakin meningkat malah kekerapan penderaan berlaku pada kadar purata tujuh kanak-kanak setiap hari di Malaysia, tapi ini hanya kes yang dilapurkan, yang tidak dilaporkan ???

Masaalahnya sekarang ialah sikap masyarakay kita, Masyarakat kita masih lagi ragu ragu dalam mentafsir apa yang dilihat, bagaimana untuk bertindak dan cara terbaik untuk campur tangan bagi membantu kanak-kanak itu.
Seandainya mereka tahu dan cepat bertindak mungkin nyawa kanak kanak kecil ini mungkin masih boleh diselamatkan.

Yang penting masyarakat kena tahu adanya mekanisme yang dapat menyokong tindakan mereka, Iaitu Polis dan agensi kerajaan dilatih untuk menangani kes ini. Laporan serta-merta membolehkan sekumpulan penguat kuasa undang-undang menyelamatkan anak kecil itu daripada terus didera.

Jadi sebagai Masyarakat kita jangan hanya tahu mengutuk dan menunggu tapi jadilah masyarakat yang perihatin……

 

Talian Khas Untuk Laporkan Kes Penderaan Kanak Kanak

 Childline Malaysia :  15999

(untuk laporan penderaan dan hikmat nasihat)

Faktor penderaan Kanak-Kanak

Kurang didikan Agama

  • pada aku inilah punca utama yang menyebabkan manusia hilang sifat kemanusiaan bahkan sifat kehaiwanan pun tak wujud dalam diri mereka, Kurang pendidikan agama ni bukan bermaksud tidah tahu, tapi lebih kepada tidak beriman , dan mengahayati ajaran agama

Tekanan di tempat kerja

  • Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak- anak yang masih kecil memang biasa kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Merana masalah kewangan

  • Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Krisis rumah tangga

  • Berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Faktor Asing

  • Faktor asing seperti penyalah gunaan dadah, minuman keras, dan sebagainya.

Masaalah mental / tekanan perasaan

  • Kejadian silam atau “unfinish bisness” yang menyebabkan wujudnya perasaan dendam dan tidak puas hati dan timbulnya perasaan benci pada kanak kanak, dan ada juga kes yang diakibatkan oleh ganguan luar menyebabkan mereka tidak tahan bila mendengar tangisan bayi, dan suara bising kanak kanak 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN, INFO

15 Responses so far.

  1. mancai says:

    1st, huhuu… sah mental ibu tiri ni…

  2. suri says:

    anak2 yang tidak mengenal dosa menjadi mangsa …

    apalh salah si anak..lahir ke dunia tidak di pinta inikan di dera tanpa sdkit belas kasihan..

  3. akubiomed says:

    Ibu tiri kena sakit meroyan kot
    akubiomed recently posted..Smartphone BlackBerry tidak haram

    • dino says:

      Ibu tiri Meroyan dan bapak pula bangan..
      takan tak sedar yang anak nya di dera
      aku harap kedua duanya disabit kesalahan membunuh dan bersubahat
      Ps : sori emo sikit

  4. Anwar Osman says:

    jealousy kat bekas isteri suami dia kut. x sudi jaga anak tiri dia. kebencian yang mendalam. sian budak tu comel je. Tapi Allah lebih sayangkan anak kecil tu. Al-Fatihah
    Anwar Osman recently posted..This is my 100th post

    • dino says:

      ada beberap erkara yang aku perhatikan kat sini,
      1.bapa budak tu tak mampu dari segi kewangan, sebab tu dia bawak lari anak yang dijaga oleh bekas isteri dia, untuk mengelakan dari memberi nafkah. (bila dah jaga sendiri dia tak perlu ikut nafkah yang dituntut)
      2. juga masaalh kewangan yang menyebabkan ibu tiri tadi tertekan kerana terpaksa menaggung anak tiri tadi, dalam keadaan kewangan yang tak mencukupi.

  5. adamfaiz says:

    Kesian…apa punya mak tiri la..nak
    adamfaiz recently posted..Bernikah Muar Style!

  6. adamfaiz says:

    tak tahu ape nak panggil org camni
    adamfaiz recently posted..Bernikah Muar Style!

  7. tehr says:

    dalam hati ada segala jenis penyakit
    sebab tu la kena cari ubat penyakit hati ni
    baru la aman
    tehr recently posted..Pilihan Image Untuk Avatar

  8. RedBoys says:

    kesian kat ibu tiri yang lain yang baik. habis terkena tempiasnya. ibu tiri jahat. huhu. tak patut dia buat teruk sampai macam tu sekali. mental nih.
    RedBoys recently posted..8 Sikap Lelaki Yang Perlu Diubah

  9. zik says:

    kesian anak tuh… takziah aku ucapkan.. budak tuh tak bersalah … kenapa orang lain dilepaskan geram… tak patut betul… bengong punya orang…
    zik recently posted..Open Malaysia badminton 2011- Lee Chong Wei mesti juara!!

  10. Ladfe Amir says:

    lepaskan geram pada budak kecil yg tak mampu membalas. alangkah ruginya hidup wanita itu.

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors