
Isteri Curang – Anak Perempuan Dan Suami Jadi saksi
Ni lagi satu Penyakit yang sedang merebak di dalam masyarakat melayu yang mengaku Islam…
Kisah Isteri Curang, isteri sundal, isteri Main kayu tiga, isteri menduakan suami dan cerita yang seangkatan dengannya…,
Bukan nak Memburukan pihak wanita, bahkan aku juga akui ramai lelaki yang berperangai lebih teruk dari tu, tapi dalam keadaan kemajuan yang sedang begitu pesat berkembang ni, gejala yang melibatkan wanita atau lebih tepat Isteri ini nampaknya semakin menjadi jadi, bahkan dah semacam satu kebiasaan kepada segolongan kaum Ibu dan Isteri ni untuk mempunyai kekasih Gelap…
Korang baca la cerita daripada Harian Metro ni…
Cerita Isteri Curang – Isteri dan anak perempuan jadi saksi
KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.
Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.
Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.
“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.
Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.
“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.
“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya
Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.
Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.
Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.
“Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.
“Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.
“Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. “Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan,” katanya.
Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Sumber : MyMetro
Ps : Nasib baik la laku dia tu jenis penyabar… kalau ikutkan hati mau parah jantan dengan betina tu dikerjakan
Pss: aku teringat cerita Isteri curang yang rakamannya disebarkan di YouTube satu masa dahulu
Isteri Curang - Kantoi dengan Suami (Video ni Tiada kaitan dengan berita diatas)
Video Kantoi Dengan Bini Orang (Video ni Tiada kaitan dengan berita diatas)
Hukuman Berzina dengan Isteri Orang
Dalam islam hukum penzina yang belum berkahwin adalah sebat 100 kali dan yang telah berkahwin, direjam dengan batu sampai mati.
Kalau orang bukan Islam, hukuman itu dianggap zalim kerana boleh menyebabkan kecederaaan dan mati. Tapi ada hikmahnya.
- Hukuman itu sebagai peringatan kepada pelaku, keluarga dan juga anggota masyarakat.
- Dalam satu kajian, didapati hukuman sebat dapat memberikan keinsafan dan juga mengembalikan semangat seseorang itu untuk berubah. Sebab itu, hukuman rotan masih ada dalam sesetengah kes jenayah hari ini, cuma jumlah agak kurang. 100 kali itu adalah kadar terbaik yang ditetapkan oleh Allah.
- Hukum rejam sampai mati itu dikenakan bagi memberikan satu penegasan terhadap tanggungjawab terhadap keluarga, suami-isteri, ahli masyarakat dan sebagai hamba Allah. Kita telah diikat dengan ikatan yang halal, kenapa masih nak cari yang haram. Kalau yang halal tidak memuaskan ‘nafsu’ Allah benarkan hambanya bercerai dan cari ganti yang sesuai secara halal




apabila nafsu berjaya menguasai akal, inilah akibatnya..
Nadri recently posted..Dulu Ber-2- Kini Ber-3
Yang haram tu lah yang digemari..
adamfaiz recently posted..Kalau Nenek Kuat Seks…
hahaha
Mungkin daya penarik dia kuat Dam
bertuhankan nafsu…
Ps: tapi kekadan aku terpikir gak mungkin ada kekurangan pada sisuami yang tidak cuba dibaiki oleh suami tersebut..
Ps: kekadag ego lelaki ni macam kereta kebal gak
Kesian kepada suami dan lebih memalukan dicekup dengan bersaksikan anak
akubiomed recently posted..Blog AkuBiomed dapat Sitelinks dari Google
Tu la pasal
lepastu berlagak macam tak buat benda salah lagi…
kalau aku la …. (baik jangan Cakap)
malu depan manusia, malu lagi depan Allah.
bila kena tangkap, memang kena bantai cukup2 lah
Affan recently posted..Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO
Betul tu Fan..
kalau buat hukum hudud lagi bagus
wanau’zubillah
mintak jauhlah kita dari bisikan syaitan yg direjam…
yg halal sudah ada, manusia tetap mncari yg haram…nafsu manusia tetap juga meronta utk diikut walau telah direndam dalam api beratus2 tahun..
Itu lah harapnya Fiz
Semoga perkara sebegini tidak berlaku pada kenalan dan diri kita
Aduiyya.. Banyak pulak kes camni.. Lepas ni agaknya laki pun dah takut nak kawin…
decrewz recently posted..Cara periksa gambar palsu
kekadan aku terpikir
adakah sesuatu yang tak kena dalam intitusi kekeluargaan pada zaman ini…?
macammana komunikasi anta suami isteri sekarang ni..? adakah hanya sekadar dapat bersua muka dan bercakap sepatah dua kata sebelum masuk tidur je..???
hurmm….doniaaa oh doniaaaa…dah kawen pun nk cari yg lagi best..ish ish… kalo kena sedas baru depa tau
aimannajmy recently posted..Jalan-jalan Menara Alor Setar Kedah part 2
Bukan doniaaa tapi penghuni doniaaa
Ps : donia pun dah mula tujuk rasa tahpuas hati dengan sikap penghuninya….
yang si isteri tu tak puas ke dengan laki sendiri? huhu…sampai kena cari orang lain untuk puaskan…
Tu yang bermain di fikiran aku hehehe
Ps: adakah lelaki yang cuba berbincang dengan isteri mereka tentang apa yang kurang pada mereka…? (jarang kot)
kita tak ada pilihan..tegakkan hukum Allah..hukuman had kena dijalankan jugak..
nak kena tunjuk orang kena rejam baru insaf agaknye
fitri recently posted..Jom Ketahui Umur Sebenar Anda!
tu la Fit..
Bila la agaknya negara kita akan mendapat jalan terbaik untuk melaksanakan hudud di..
Ps : Dari apa yg aku dengar dah lama benda ni dibincangkan cuma untuk mendapat persetujuan dari semua kaum dan agma lain je memerlukan beberapa perkara di kaji lebih teliti (sumber yang tak pasti)
macam-macam hal sekarang ni kan bro
wazy recently posted..ISTILAH YANG SERING KITA GUNAKAN DALAM BIDANG IT
aku dapat tahu..
pasangan ini bukannya sekadar dicekup, tetapi sedang melakukan seks.
lebih mengejutkan..pasangan lelaki tersebut adalah ahli politik yg agak berpengaruh di Puchong.
namun akhbar perdana tidak melaporkan sedemikian nampaknya.
Ladfe Amir recently posted..Maksud Bacaan Di Dalam Solat
tu lah nama saja terpelajar tapi iman tak ada ilmu tak semua perkara boleh jadi ,