dnoBiz

Just In & Around My BoX



tokoh ilmuwan islam

Ilmuan Islam - Ilmu dalam Tamadun Islam

Mungkin kita biasa mendengar dan tahu akan kehebatan Tokoh Ilmuan seperti ..

  •  Al Khindi (wafat thn 866); ahli/ilmuwan enslopidia, pengarang 270 buku, ahli Matematik, Fizik, pakar kedoktoran, Farmasi,geografi, ahli falsafah Aran dan Yunani Kuno
  • Ibnu Sina (wafat thn 1037) dikenal oleh barat dengan nama Aveciena; ilmuwan ensiklopedi, doktor, psikolog, penulis kaedah perubatan moden (yang digunakan sebagai rujukan kedoktoran barat), menulis buku tentang fungsi organ tubuh, meneliti penyakit TBC, Diabetes dan penyakit yang disebabkan oleh kesan mental.
  • Ibnu Rusydi (wafat thn 1198) Dikenali oleh Barat sebagai Averusy; Ahli Fizik, pakar bahasa, dan ahli Falsafah yunani Kuno
  • Nizam Al Mulk (thn 1067); Merupakan pengasas penubuhan universiti moden pertama di dunia yang dikenali sebagai Nizamiyyah yang kemudian sistem dan caranya ditiru oleh universiti Oxford
  • Al Jahiz (w.thn 869); Menulis dan mengkaji Ilmu berkaitan Haiwan (zoology) yang pertama.

Mereka semua adalah segelintir dari Tokoh Ilmuan Islam yang terkenal dan kehebatan dan Ilmu mereka mereka yang tinggi telah menjadi sumber rujukan oleh pakar pakar terutama dari barat, dan idea dan pengetahwan mereka telah berjaya mengubah tamadun manusia hingga ke hari ini.

 

Warisan ilmu dalam tamadun Islam

(dipetik daripada Utusan Malaysia, Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA)

Ilmu pengetahuan mencapai zaman kegemilangannya dalam kerajaan Islam pada sekitar abad kesembilan hingga ke-13 Masihi. Kajian, penemuan dan penulisan para cendekiawan Islam terutamanya dalam bidang sains dan perubatan menjadi rujukan penting para pelajar dan pakar di seluruh dunia hingga ke hari ini.

Ilmu pengetahuan dari tamadun terdahulu seperti Rom dan Greek telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sebagai kemudahan kepada para cendekiawan Islam pada waktu itu.

Kerja-kerja terjemahan dilakukan oleh penganut Islam yang berasal dari kawasan jajahan kerajaan Rom dan Greek.

Ilmu tersebut bukan hanya disalin dan dibaca, malah kesungguhan para cendekiawan Islam mempelajari, mengkaji semula dan mencabar teori dari Greek yang ditulis oleh Aristotle, Socrates dan Plato telah membawa tahap ilmu pengetahuan umat Islam ketika itu jauh ke hadapan berbanding kerajaan lain di sekitarnya.

Ilmu yang dikaji oleh cendekiawan Islam kemudiannya diselarikan dengan ajaran Islam yang dianuti.

Kebanyakan ilmu pengetahuan dalam abad itu bermula dengan falsafah terutamanya sains. Pembahagian bidang sains pada abad tersebut tidak seperti pembahagian sains pada zaman ini.

Falsafah dikenali sebagai ibu kepada ilmu pengetahuan. Mempelajari ilmu falsafah berpandukan al-Quran membolehkan cendekiawan Islam membahas dan mencabar teori terdahulu secara terkawal.

Antara cendekiawan Islam yang menguasai falsafah Greek ialah Al Kindi (sekitar 800-870M asihi) yang mahir dalam teori Plato dan Al Farabi (870-950 Masihi) yang menguasai teori Aristotle.

Ps : Akan Wujudkah lagi cendiakawan Islam yang baru  di alaf baru ini  ????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, KEAGAMAAN

31 Responses so far.

  1. suri says:

    mereka penjana ilmuan pertama pastu bru org putih tru kan…geram jer bila buat tu ni..dema mengaku tu penemuan mrka dulu..

    isyh..geram…

    p/s:blog cinta dah ok..harap sahabat dnobiz blh tukar baner asal..tq..merah tu mmg menawan yer :)

  2. Salam.
    Kebanyakan daripada hasil kajian orang putih adalah milik mereka, sedih bila baca org putih tukar kepada nama mereka. Ada satu buku yang menceritakan dengan lebih jelas tentang kajian dan penemuan mereka ini yang telah dicuri. Saya dah lupa tajuknya.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..How to SEO optimize blogspot title

    • dino says:

      tu la akibatnya bila mereka berjaya menguasai segalanya, dan sekarang minda generasi kita semakin dikuasai mereka….

      Apa lagi yang akan tergadai selepas ni

  3. Ismail N says:

    Jarang kena promote dia org semua ni. Mana le org barat mahu buat. Org Islam le kena usaha buat dokumentari utk mereka. :D

  4. MDHAFiZ.NET says:

    ilmuan islam pencetus hampir semua teknologi yg diusahakan oleh dunia pd hari ini.. semuanya bermula dr mereka namun nama mereka x diceritakan di sejarah dunia.. :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Thank You AllahThank You Maher Zain

  5. akubiomed says:

    Semasa tentera Mongol menyerang Bahgdad saya difahamkan warna laut menjadi hitam akibat banyak buku ilmiah dibuang ke laut
    akubiomed recently posted..Tip blog cara masuk kod video didalam blog

  6. ejoncb says:

    antara yang paling penting dan paling menyenangkan hidup adalah bila imluan islam telah mencipta sistem nombor yang kita pakai sekarang menggantikan nombor roman. Dulu punya lah pening kepala dorang nak wat darab bahagi banyak2 nombor dengan angka roman. bila ilmuan ilslam cipta sistem no 1,2,3,…9, matematik jadi lagi senang.

    p/s : cuba korang try darab guna no roman, eg : XX1 x v1111 =? apa korang dapat? haha

  7. azizan4444 says:

    cendiakawan Islam mungkin ada zaman sekarang..tp ianya selaras dengan kemajuan dunia..kdg kita tidak nampak pe yg menonjol…
    azizan4444 recently posted..Konsert Hore Hore Bersama Pak Nil KonsertPaknil

    • dino says:

      memang ada tapi banyak yang cuba ditengelamkan, dan tak sanggup untuk menonjol kerana risiko yang bakal mereka bakal hadapi seperti apa yang terjadi pada Ali Kimia salahh seorang saintis yang hebat semasa pemerintahan sadam…
      bermacam tuduhan dibuat semata mata meyekat kebolehan nya

  8. Umairah says:

    Masa ngah amik spm dulu,cikgu selalu denda bila lupa pasal sejarah cendiakawan islam …
    Umairah recently posted..Wedge Boots May Be the Perfect Boots for Everyone

  9. tehr says:

    aku harap pelajaran sejarah yang dikembalikan ke sekolah sekarang ada banyak isi mengenai ilmuan islam ni
    harap2 la…
    tehr recently posted..Tabur Duri Atas Jalan

  10. Ali ridha says:

    mereka tu memang bijak pandai islam…teknologi mereka tu la paling selamat dan hijaukan bumi kita ni..

    orang putih tu hanya tiru dikemudian hari…bukti kehebatan islam semua depa nak padam…betapa ketinggalan teknologi Barat…
    Ali ridha recently posted..Maulidur Rasul 1432H 2011 tanpa kek dan lilin

    • dino says:

      betul tu, jika nak diikutkan mereka berjaya mengkaji sesuatu perkara yang begitu penting dengan hanya mengunakan akal dan pancaindra yang dianugerahkan Tuhan pada mereka tampa peralatan canggih macam sekarang ni..

  11. zik says:

    tokoh ilmuan.. ada lagi tuh al Khwarizmi.
    zik recently posted..Permainan Yoyo – trend masa kini

  12. fitri says:

    ilmuwan islam dalam bidang sains ade skang..tapi tak diberi publisiti oleh barat.diorang takut tergugat..maklumlah ilmuwan diorang dulu2 copy je org islam punye.tapi bagus juga jadi low profile je…
    fitri recently posted..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!

  13. [...] Post ni adalah idea dari Saudara Ismail N dari Blog “Passionate About Blogging” , melalui koment beliau dalam post aku yang bertajuk “Ilmuan Islam - Ilmu dalam Tamadun Islam“. [...]

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors