Duit Raya – Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam
KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. – BERNAMA
Ps : Walaupun aku ni bukan yang terlibat secara langsung tapi secara tak langsung aku tumpang gembira…
, tapi macam biasa… pasti ada yang tak puas hati….





Tersenyum lebar penjawat awam dapat bonus setengah bulan. Kena pada masanya dengan persiapan untuk hari Lebaran.
akubiomed recently posted..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : Sharidawati
ALhamdulillah dapat rezeki lebih raya tahun ni..
Anuar recently posted..Segmen Klik Like/Share dan menang Wang Tunai
best nih
Juan recently posted..Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel Penang