dnoBiz

Just In & Around My BoX



 Produk Tak halal

DNA Babi – Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 15 Jun – Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

Pada aku Untuk kes Sijil halal yang ditarik semula ni, aku syorkan syarikat tersebut tidak lagi diberikan status halal, kerana dari apa yang berlaku aku rasa mereka sebenarnya langsung tidak mengambil berat atas status Halal dan penjagaan status tersebut tersebut kalau tak, takan mereka gunakan bahan yang tidak diluluskan , dan tidak keterlaluan kalau aku katakan mungkin perkara ni akan dilakukan lagi bila mana kelulusan di berikan semula pada mereka. Kalau nak harap kan pantauwan berterusan dari Jakim memang aku rasa tak ter pantau….

Ps : Ini link ke senarai untuk produk Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd : Senarai Produk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO

9 Responses so far.

  1. jika dilihat dari senarai produk..semuanya dari kategori makanan proses segera dan western..
    tengkorak emas recently posted..Wordless Wednesday II – Hidden Words- still Wordless

  2. faHmi ibrahim says:

    ptut halal nih utk org muslim sahaja. kalau produk non-muslim xpayah logo halal terus. so kite pengguna islam boleh membezakan produk-produk yang halal & suci.

  3. suri says:

    saya tak pernh makan benda alah ni..sama dgn yag baru2 ni ckp air halal tu tapi haram huhu..sya klo tgok produk tu pelik jer..cam botol todi jgn harap le sy nak bli apatah lagi nak minum or merasa huhuhu….

    takut2…klu sos kimbal ker ok lagi heeee

  4. titan says:

    aku memang tak pernah guna sos-sos tu..hehe..

    sos life takde masalah kan?
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat duit dengan Clicksor

  5. hafizmd says:

    aku mmg setuju sgt ngn bro dno..kasi ban terus…kalau nak jugak..buat syarat yg ketat utk syarikat ni…biar mereka tahu sikit…

  6. Salam bro dino,

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat penting kepada umat Islam seluhnya. Saya sangat bersetuju dengan bro dino iaitu syarikat tersebut jangan diberi dah sijil halal lagi selama-lamanya.
    PakarBuahPinggang recently posted..No Posts Were Found!

  7. bEe says:

    eeeeee,

    Tak suka news mcm ni. Sepatutnya mereka prihatin mengenai isu halal supaya org Islam tak tertipu

  8. akubiomed says:

    Tidak pernah membeli sos keluaran Tabasco biasanya membeli produk sos buatan tempatan sahaja. Ada sesetengah restoran ada mengunakan jenama Tabasco

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors