dnoBiz

Just In & Around My BoX



Penganjur Perhimpunan Bersih Datuk Ambiga

Datuk Ambiga – Siapakah Datuk Ambiga Pengasas Perhimpunan bersih ?

Datuk Ambiga, Nama yang cukup terkenal dan sering menjadi sebutan dan pujaan sesetengah orang sejak kebelakangan ini.

Nama Datuk Ambiga  mula menjadi sebutan adalah rentetan daripada Pengajuran Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan pada 9 Julai nanti, dan sebenarnya aku tak berapa nak ambil kisah dengan perhimpunan bersih ni kerana (heheheh).

Tapi yang menarik perhatiaan aku ialah Kisah dan Latar belakang Datuk Ambiga yang sejak kebelakangan ini memang hangat diperkatakan terutama dari Blogger blogger yang memihak pada UMNO, Benar atau tidak, Rasanya Kau orang boleh selidik sendiri, kerana pada aku bukti tak bermakna tanpa penerimaan oleh Akal….

Namun aku cuma nak Kongsikan beberapa fakta yang aku jumpa mengenai Datuk Ambiga ni…

Ambiga Sreenevasan – Penganjur Perhipunan BERSIH

Nama: Ambiga Sreenevasan

  1. Agama Hindu
  2. Bekas Presiden Majlis Peguam
  3. Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
  4. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
  5. Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
  6. Penyokong Tegar Kes Murtad
  7. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
  8. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak

 

Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

14 Tuntutan  Suruhanjaya Antara Agama (IFC)

  1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
  2. Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  4. Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

 

Ps : Betul Atau Tidak Maklumat diatas, Baik Korang selidik sendiri, tu pun kalau korang betul betul nak tahu Kebanaran la…, kalau tak ikut je apa yang Korang percaya… :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO

31 Responses so far.

  1. Bro dino tak cuba siasat?

    • dino says:

      heheh dah siasat..
      cuma seperti yang aku cakap, bukti tak berguna tampa penerimaan.. jadi pakat pakat la cari betul ke tak :D

  2. ejoncb says:

    hurmmm..hehehe…yang penting..kalau saya org PAS atau org BN sekali pun sy takkan menyokong sebarang perhimpunan besaran yang telah atau bakal di adakan kerana

    1- memberi gambaran buruk mengenai negara Malaysia pada org luar. Mereka mungkin menganggap Malaysia tak aman kerana baru aje berlaku rusuhan di negara-negara Islam lain untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan lihatlah sendri kesannya. Dalam zaman Islam dipandang serong ni lebih baik bersatu dari berpecah untuk mengiyakan pendapat masing-masing. Dan juga tak perlu melakukan sesuatu perkara yang boleh memberi ruang untuk spekulasi dalam keadaan dunia yan tak berapa aman dah ni. Supaya Malaysia kekal aman. Amin..
    2- saya tak percaya perhimpunan secara rusuhan/perhimpuan aman akan membawa perubahan besar pada negara kerana bagi saya perubahan harus berlaku bermula dari diri dan keluarga bukan dgn politik atau perhimpunan biarpun akan ambil masa 50 tahun sekali pun. perubahan beransur lagi baik dan senang untuk di -adapt dari perubahan mendadak secara paksa..
    3- perhimpunan yang aman boleh bertukar menjadi ganas kerana kebiasaan normal, akan ada “kepala pengat” yg akan cuba mempengaruhi emosi satu perhimpunan yang pada mulanya aman.tgk la match bola pun jadi mcm mana.
    4- mengganggu perjalanan trafik dan kegiatan harian jer, sejak bila pulak Rakyat Malaysia ni suka berdemonstrasi ni? byk kerja lain lagi berfaedah boleh di buat dari demostrasi.
    5- biarlah polis pergi cari pernjenayah atau jaga benda lain dari kene tambah kerja jaga perhimpunan ni…haha
    6- Matlamat yang baik tak semestinya menghalalkan cara!
    4-

    • hafizmd says:

      cantik sgt dah huraian ejoncb ni….terbaik! Respon aku ukt point2 ni;

      1. Apa yg aku biasa tgk dan dgr, mmg ada manusia yg suke memburukkan Malaysia bila mereka ke luar negara…kalau kat dalam, lebih2 lagilah..

      2. Aku pulak rase, kene ikut keadaan, kalau macam kes yg kat mesir tuh, berjaya sbb rasanya sudah sampai masanya rakyat bangkit..tp apakah ia benar2 berkesan? Apakah negara terus bangkit selepas apa2 demonstrasi jalanan???

      3. Itu mmg dah biasa sgt, asal berhimpun, mesti ada kepala “giler’…buat jerlah dalam stadium…kan senang???

      4. Ganggu trafik..mmg setuju sgt, aku dah kena dah masa yg 1st bersih..mmg menyusahkan betul!

      5. hoho…agaknya, nanti ada jugak yg kate, alaaa..kan dah kerja polis tuh…adoilah…

      6. erm…masalahnya, ramai yg fikir, tak kisahlah apa caranya…janji dia dapat apa yg dia nak!!

      Just my 2 cents :D

      • dino says:

        Betul tu FIZ..
        satu hakikat yang harus diterima..
        dan satu lagi ialah dua dua belah pihak ada penyokong.., dan yang pasti penyokong kerajaan adalah lebih ramai,buktinya kerajaan yang kuasai parlimen, jadi adakan releven untuk kita mengikut kehendak minoriti bukan mejoriti.. adakah itu adil.., adakah jika tujuan bersih tercapai dengan cara ini, penyokong kerajaan yang lebih ramai akan berdiam diri…,

    • dino says:

      aku sokong Ejon..
      dan yang paling aku suka ialah matlamat tak menghalalkan cara…, tambahan pula kalau risiko lebih dari kebaikan..

      • ejoncb says:

        ;) .. betul, negara dah aman, guna cara yang aman lah untuk settle ape-ape sbb Insyaallah, usaha dgn niat yg betul, dgn cara yang betul allah kabul la.

  3. tehr says:

    tak berapa kenal dia ni
    bekas president rupanya

    • dino says:

      aku tahu pasal dia ni masa kes lina joy dulu, walaupun dia bukan salah sorang peguam lina Joy tapi dia antara yang memberi sokongan pada mereka

  4. abrablog says:

    ohh..ini rupanya datuk ambiga..

  5. emelda says:

    selamatkanlah negara ku ini ya allah…

  6. Juan says:

    bahaya ni, aku x sokong ambiga ni,

    • dino says:

      tu la pasala,
      Aku sebenarnya lebih suka kalau pas anjurkan sendiri perhimpunan ni tampa melibatkan pihak yang ada niat lain

  7. bEe says:

    Mcm tak kenal aje. Tp BERSIH ke??? :-P

  8. [...] semalam aku buat post berkaitan dengan Datuk Ambiga , hari ni aku terbaca dua lagi info yang memang buat aku tak sedap hati tentang [...]

  9. alahai Datuk Ambiga nie… Namanya jer lawyer tapi undang2 tak hormat. Buat nyusahkan rakyat jer… Btw, info yg hang copy and paste, kawe SAHKAN sebagai benar belaka..

    • dino says:

      ada baza antara pengamal undang undang dan penguna Undang undang…, yang pasti kedua duanya memang arif tentang undang undang

  10. Anti_bersih says:

    Aku mmg xsokong Bersih ni…
    Paling pelik dan xleh diterima akal fikiran kenapa penyokong kebanyakkannya orang Melayu? Islam lak tu….nape dah rasa xbest ke keamanan yang dirasakan sekarang?
    Seronok ke jd macam Indonesia, Thailand dan etc…
    Ambiga tu patut dok Indon xyah dia nak ubah perlembagaan…sebab apa yg dia nak mmg sesuai utk rakyat indon jek….apakata buang negara biar dia dok Indonesia…
    Sape sokong aku?

  11. Lee says:

    Sejarah negeri sabah pernah menyaksikan pelihanraya yang tak bersih pada tahun 1985,bila pihak BN ingin menjatuhkan kerajan Sabah dibawah pemerintahan PBS, masa tu saya adalah pengundi BN… Sampai di pusat mengundi ramai orang berbaris… yang luarbiasanya 7 daripada 10 orang yang mengundi tu adalah orang asing.. pendatang indonesia yang baru sebulan datang dari indon dan saya kenal dia kerana dia adalah buruh di ladang tempat saya bekerja …. pakistan yang tak tau berbahasa melayu juga turut mengundi… Saya sangat gembira ketika itu kerana BN telah mengalahkan PBS dalam pelihanraya itu… Tapi setelah 10 tahun berlalu barulah saya nampak kesannya.. persaingan mula berlaku… peluang banyak diperolihi PTI yang diwarganegarkan ketika mengundi dulu kerana mereka adalah ahli UMNO, sedangkan saya adalah bukan ahli UMNO… tambah menderita lagi bila peluang pekerjaan pun semakin berkurangan, ramailah anak-anak sabah berhijrah ke semenanjung sebagi pekerja kilang, kesian kami, tidak berpeluang menyatakan penderian mengenai pelihanraya bersih…. mungkin pihak tertentu telah melihat perkara yang berlaku disabah ini dan tidak mahu ianya berlaku disemenanjung pula. Saya harap kerajaan tidak terlalu mudah memberi kewarganegaraan kepada PTI sekadar untuk menang pelihan raya….

    • Net says:

      Saya masi ingat lagi, masa tu sa masi budak-budak lagi, tapi heran kenapa semua orang dalam rumah menangis.. Bukan dalam rumah jak. Semua kejiranan pun menangis masa tu… Betul betul sa heran.. Semua macam mau jadi gila ba.. Pada masa tu, sa cuma tahu, perkatan, “pigi mengundi”…. Masa tu, sa ingat perkataan “PBS” dan logo PBS. Kemudian, ntah berapa tahun kemudian, setelah dewasa, saya menghadiri satu forum melibatkan kepentingan hak asasi manusia. Penceramah daripada pelbagai sudut negara. Masi lagi saya teringat, penceramah daripada Myanmar mengatakan, sistem undi kotor yang paling famous dan kotor pada masa tu, ialah “undi lompat” yang d lakukan d sabah sehingga kemenangan berpihak kepada BN. Seluruh dunia membincangkan isu itu sehingga kini kerana, isu “undi lompat” sepatutnya tidak wujud dalam undian..

      Baru saya faham kenapa orang pada masa tu, daripada keadaan gembira menjadi sedih sehingga menitiskan air mata…

      Semoga Sabah diberkati…

  12. bujang says:

    sbeleum tueh bace dulu tuntutan bersih … bukan nk jatuhkan presiden mcm negara2 yg lain .. kenapa perlu buat bersih 2.0 ??? sbb tuntutan bersih yg dulu x jalankan .. so buat la lagi .. AMBIGA ?? parti pembangkang ngan NGO bukan buat bersih atas tuntutan AMBIGA,tapi untuk nk bersihkan pilihanraya .. Ambiga nie bukan ada kuasa apa pun kalau parti pembangkang menang .. kenapa perlu buat di jalaraya ??? hanya di jalanraya baru sampai msg lagi pun dlm perlembagaan persekutuan org ramai punyai hak untuk berhimpun di mana2 bg menyuarakan pendapat secara aman tanpa perlu permit .. perlembagaan persekutuan nie undang2 palaing tinggi .. kalau risau mesia jd mcm indon thailand kenapa mase bersih 1 dulu x risau ??? sbb bersih cuma nk tuntut pilihanraya yg lebih adil bukan nk jatuhkan PM ..

    • ME says:

      kelakar laa anda ni… tak baca ke apa yg si Ambiga tu sebenarnya nak? ingat kalau sekutu dia naik jadi PM dia duduk diam je? mst laa dia nak bahagian dia jugak.. apa laa sempit sangat pemikirn anda ni..

  13. feisal says:

    Korang baik baca blog ini

    halwagula

  14. nana says:

    bujang, aku setuju sangat.. kalo korang selidik sedalam2nya titah agong tu, dia tak melarang pun perhimpunan BERSIH 2.0, cuma tak menggalakkan berhimpun dijalanan. Dan baginda pun tau, ada ketidakaldilan dlm pemerintahan setiapkali pilihanraya, kerana itu baginda bertitah: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.” Hahahahaa… korang nampak yg aku dan agong nampak..?? Kalo tak nampak, sah2 ler korang org BN/UMNO..

    • mamu says:

      Mamu pun nampak apa yang nana nampak heheheh
      Mamu dengar yang Agong Cakap..”Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin” nana rasa kenapa tuanku tak cakap dia percaya dengan bersih..??
      Mamu dengar Agong kata “kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan ” agaknya nana rasa bertamadun ke tindakan ambiga tu :D
      Mamu dengar Agong cakap “keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara” nana rasa itu ditujukan pada najib dan Umno ke :D
      Mamu dengar Agong cakap “menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana ” Nana rasa kat Malaysia ni Umno je ke kerajaan.., macam mana dengan P.P, Kelantan,Kedah ??? yang kat sana tu bukan kerajaan ke atau pun itu …. :D
      dan yang Mamu paling nampak Ialah… nana sebenarnya nampak lain hehehe :d

      • ME says:

        saya setuju dengan anda mamu.. mereka orang bersih, apa yang mereka kata semua mereka bersih.. haha.. orang lain bersih, dia tak terima, dia je bersih.. macam yahudi, sombong bongkak…

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank