Dadah – Syurga Dunia sebelum Ke Neraka
Dadah..
Merupakan satu bahan terlarang yang banyak merosakan manusia, tanpa mengira jantina peringkat umur dan kaum, Dadah yang pada awalnya digunakan sebagai bahan untuk mendapat keseronokan sementara ”syurga Dunia” dan kononya menghilangkan tekanan akhirnya menyebabkan ketagihan yang menjurus kepada kehancuran kepada pengunanya, umpama syurga dunia sebelum ke neraka….
Tentang Dadah
Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Apa Itu Dadah
Dadah Ialah apa apa juga bahan kimia tidak kira sama ada asli atau tiruan,yang jika dimasukan kedalam tubuh melaui cara suntikan, dihidu, di hisap atau dimakan akan mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Sejarah Dadah / Asal usul Dadah
Sebenarnya dadah telah lama wujud dan digunakan sejak dari 5000 tahun dahulu, mengikut sejarah Islam dadah dibawa masuk ke negara Arab oleh orang Parsi yang tidak beragama. Ini terbukti kerana ada tertulis didalam Kitan Al-Hitat yang ditulis oleh Al-Mugrizi yang mengatakan “Telah datang ke kahirah beberapa orang Parsi yang tidak mempercayai tuhan, mereka membawa candu dan beberapa bahagian yang dikeringkan telah dibancuh dengan madu dan dinamakan Al-Ukdah” (Dr.Ahmad Shukri Al-Fanjar, 1975)
Jenis-Jenis Dadah
Terdapat berbagai jenis dadah di dunia antaranya ialah
- Opiat – Candu, Heroin dan Kokain
- Kanabis – Ganja, marijuana, hashish dan Hashish oil
- Depresen – Methaqualone, traquliser dan eramin 5
- Psikotrapik – Methampthetamine (Syabu), Amptheamine dan MDMA
- Stimulan – Pthentermine dan Ephendra
- Halusinogen – Lysergic Acid, Phenlyclidine, ketamin dan Dimethyltryptamine
Penagih Dadah
Penagih dadah ialah individu yang pada asalnya hanya mengunakan dadah sekadar ingin berseronok dan ingin mencuba namun akhirnya terjebak kekancah ketagihan yang amat sukar untuk dihindari, Gejala penagihan dadah juga tidak terhad pada jantina, umur dan bangsa kerana sekali mencuba memang cukup sukar untuk melarikan diri dari ketagihan, dan kalau tidak mendapat bekalan akan menyebabkan hidup mereka serba tak kena, dan dadah ibarat nyawa pada mereka.
Punca Penagihan Dadah
FAKTOR INDIVIDU :
- Mahu mendapat keseronokan
- Mempunyai sikap ingin tahu dan tidak mahu ketinggalan/ hendak bergaya bersama kawan-kawan
- Mendapat maklumat yang salah kerana dimanupulasikan bahawa dadah boleh melupakan kerisauan/ kesedihan, hilang rasa malu dan boleh kurus
- Ingin tahu kesan dadah ke atas diri sendiri
- Hendak menambahkan prestasi dan tenaga
FAKTOR KELUARGA :
- Ibu Bapa adalah penagih/kaki minum.
- Pernah Mengalami Penderaan (Cuba Melupakan)
- Berlaku perceraian / poligami di antara Ibu Bapa
- Menghadapi tekanan atau merasakan satu cara membalas dendam kepada Ibu Bapa mereka
- Tidak mendapat perhatian keluarga kerana Ibu Bapa tidak kisah kerana tiada masa
FAKTOR PSIKOLOGI
- Kecewa, sensitif dan beremosi
- Kurang bimbingan Agama
- Kurang kemahiran komunikasi – menangani stress dan pemikiran negatif
- Masalah kepimpinan keluarga, kasih sayang dan kewangan
FAKTOR MASYARAKAT :
- Dicabar oleh kawan & Pengaruh kawan (Teori Tarikan)
- Anggapan Sampah Masyarakat (Teori Moralis)
- Perubahan Sosio Budaya (Pembangunan)
- Perubahan Cara Hidup
- Tidak tahu cara untuk menolak kemahuan kawan
Statistik Penagih Dadah
Sepanjang tempoh 7 bulan Januari-Julai 2008 seramai 7,992 orang penagih dadah telah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 21.11% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (10,131 orang).
Perbandingan penagih yang dikesan pada 2008-2007
Purata Penagih Yang Dikesan Bagi Tempoh Jan- Julai 2008
Pebandingan Penagih yang dikesan mengikut negeri pada 2008-2007
Agensi Anti Dadah
Selain daripada PDRM, terdapat beberapa lagi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang ditubuhkan khusus dalam menagani dan mengawal penyalah gunaan dadah di di Malaysia, seperti PEMADAM dan AADK “Agensi AntiDadah Kebangsaan“. Agensi Anti dadah ini bukan sahaja bertujuan dalam mengawal dan membenteras penyalah gunaan dadah tetapi ianya juga berfungsi sebagai badan yang akan membantu para penagih dan juga menyediakan khidmat nasihat kepada keluarga penagih disampin boleh dijadikan tempat merujuk perkara yang berkaitan.
PEMADAM
PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela NGO yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH
OBJEKTIF PENUBUHAN PEMADAM
- Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
- Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN
- Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini
- Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini
PERANAN PEMADAM
- Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
- Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus
- Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling
- Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.
Alamat HQ :
- PEMADAM Kebangsaan
No. 8, Jalan Ledang
50480 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 – 2094 1190
No. Faks :03 – 2094 3233
Emel : pemadam@tm.net.my - Website : http://www.pemadam.org.my
AADK – Agensi Anti Dadah Kebangsaan
AADK atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan ditubuhkan pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.
Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.
Peranan Agensi AntiDadah Kebangsaan
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Bidang Tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan
- Melaksanakan program pencegahan
- Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
- Meningkatkan kerjsama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
- Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
Objektif AADK
- Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah
- Merawat dan memulih penagih dadah
- Mencegah penagihan semula
- Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah
Strategik AADK
Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam negara melalui:
-
Pencegahan
- Rawatan dan Pemulihan
- Penguatkuasaan
- Kerjasama Antarabangsa
Website : AADK










malaysia skang ni pun da rmai dah
kempen2 kesedaran neyh kene wat dr awal lg. kasi budak2 tahu bhaya n xberani nk cube2.
memang dah ramai dan dah lama sebenarnay
aku memang selamanya susah hati dengan benda ni
kempen kerajaan tak sampai kepada sasaran sedangkan kempen pengedar dadah terus saja menuju matlamatnya – mereka turun hingga ke dasar
tehr recently posted..Lagu Rasmi Negeri Kedah
aku setuju,
kempen kerajaan langsung tidak dapat menarik perhatian remja,
apa gunanya kempen kalau langsung tidak tidak dilihat oleh gologan yang disasarkannya ..
lebih menakutkan bila pengedar2 dadah ni menjadikan pelajar2 sekolah sebagai sasaran.
itu yang tak nak dengar tuh… tapi masa zaman sekolah dulu…memang dah ada lama dah…
zik recently posted..Lohong hitam angkasa yang menakutkan!!
memang pernah dengar berita ni…budak2 sebagai tukang edar…bahaya2
hafizmd recently posted..Wuduk dan bakteria…
memang perkara yang tidak sepatut terjadi
kita memang tak nak dengar, zik
tapi terpaksa dengar
terpaksa dengar dan terpaksa ambil tahu
dan sekarang ni golongan remaja dalam 13 – 14 tahun pun dah turut terjebak
Apa yang kau cakap tu memang betu Pul,
ramai golongan remaja yang mengunakan kaedah ni untuk mencari duit bagi memenuhi kehendak metarial mereka
Bila balik kg tgk budak2 muda kat kampung..boleh dikatakan mereka tak kenal ganja dah..dorang lebih suka ice…dah dadah2 jenis baru hmmm..
mankuchai recently posted..Penulis blog- Jangan terlalu asyik!
dah naik taraf dah diorang ni…makin hebat dan terkini dalam bab2 ni…
hafizmd recently posted..Wuduk dan bakteria…
dadah sintetik yang pastinya lebih bahaya
Usaha banteras kena lebih bersepadu…jangan pihak berkuasa pun sama..atau melindungi kegiatan ni..tu yang susah,,,
adamfaiz recently posted..Cara Mudah Tarik Trafik
semua pihak kena memainkan tanggungjawab masing masing
dadah kini dah boleh dikatakan dijadikan gaya hidup
[dadah jenis ais/pil]
penagih dadah moden kini menyelinap dalam kehidupan golongan remaja,ada yang ambil kerana mahu cantik,ada yang ambil kerana mahu berjaya dalam pengajian[mungkin sukar diterima perkara ini tapi inilah yang berlaku sekarang]
yang jenis mat gian belakang lorong tu tak payah cakaplah ……sepuluh ringgit punya pasal pun sanggup bunuh orang !
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
yup pengaruh cara kehidupan barat yang mennjadi ikutan golongan muda
nampaknya melayulah yang lebih terpengaruh.. menakutkan betul…
sekali lagi melayu ‘menjuarai’ bab2 yg ‘hebat’ sebegini…
hafizmd recently posted..Wuduk dan bakteria…
Juara untuk bab yang memalukan
betul tu,
Melayu sering mendahului dasi aspek negatif
orang melayu paling banyak… terima kasih kepada bro .sebab tunjuk analisis… macam ini.. ia betul2 membimbangkan..
zik recently posted..Lohong hitam angkasa yang menakutkan!!
Idea yang datang dari berita Radi OAG
kalau bab dadah ni…mmg aku cukup takut…kat kampung aku, dah kene senaraihitam dgn pihak bukit aman sebab dadah ni…
ramai anak2 muda, tak kira anak jurutera,anak pak imam, tok lebai…mesti ada yg terkena bahana dadah…
mudah-mudahan kita semua diselamatkan dari bencana ni
hafizmd recently posted..Wuduk dan bakteria…
Sama la Fiz, kampung aku pun dah teruk dilanda, boleh dikatan dari 10 mungkin tiga je remaja yang bertul betul bebas dari gejala ni
kajian yang dilakukan membuktikan kaum melayu yang paling ramai. sangat memalukan. takde kerja lain dah yang nak dibuat. terbaik bro. info penuh dan sangat berguna.
RedBoys recently posted..Bagaimana Menarik Pengunjung Ke Blog Anda
Teri ma kasih pada Radi OAG ju ga yang bagi idea ni kat aku hehehe
dulu masa sekolah join sahabat pemadam,dapat t shirt.pakai t shirt asyik orang tanya ja sahabat pemadam tu apa
habis kau jawab apa Wan ??
hmm.. ape la yg seronok sgt hisap dadah ni.. tak pasal2 jadi mayat hidup..
Ezany-Kun recently posted..Tips Jimat Minyak Kereta
Payah aku nak cakap, bro..
tapi jangan pula ada yang cuba sebab nak tahu apa rasanya
erkk panjangnya entry..aku larat baca intro je.. apapun tajuk tu menarik perhatian aku.. dadah ni untuk orang yang dah takde tujuan hidup..dah menyerah kalah dengan hidup.. kalau takde pegangan agama atau iman yang kuat memang mudah ar nak terpengaruh..
Fitrihadi recently posted..Jom Makan Di EGG HOUSE! Semuanya Telur Beb!! Haha
dan juga menyebabkan tiada tujuan dalam hidup
fuh!!
bangsa melayu tertinggi?
memang hebat, tapi…
kenapa bangsa melayu mudah terjebak..
fikir2 kan la…
mie recently posted..18 January!!
Thyanks Mi…
Utu la tujuan aku sebenarnya…
mengapa????
sebab ramai orang melayu mengalami tekanan hidup kot..huhu..tu yang amek dadah kot nak tenangkan fikiran..
dengan mengingati Allah pasti akan menjadi tenang~
fitri recently posted..Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu!
hidup sihat tanpa dadah heee…
lakukan aktiviti sihat..bergul degna org yang bijak gunakan waktu tapi bukan pada suka bersosial tak tentu arah tu..
jangan dirosakkan hidup yang hanya sementara
fitri recently posted..Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu!
melayu lagi top of the table..
mudah sangat terpengaruh..dah la dadah tu mahal..boleh buat blanja sebulan kadang-kadang
fitri recently posted..Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu!
aku pernah cuba menbantu dgn beberapa cadangan & juga perlaksanaan bg membantu myrkt kita utk menangani mslh dadah ni….tp ada sedikit menyedihkn aku dgn sikap bangsa kita sendiri..jika ada yg sudi berkongsi pendapat boleh lah aku bincangkn,,tp jika tidak klu korang nk tahu aku dh rasa malas nk ckp apa2..bygkn lah apa yg aku nk berkongsi dgn saudara2 yg aku hormati sekelian…