Antibiotik - Penggunaan Antibiotik di Kalangan Kanak-kanak dan kesannya
Petang tadi aku terserempak dengan seorang kawan yang satu tempat pengajian dengan aku dulu… cuma bezanya dia Kejuruteraan Awam dan aku Mekanikal…
Masa aku jumpa dia aku nampak di kedua belah tangannya penuh dengan botol dan plastik ubat , katanya hari ni hari sabtu jadi Klinik tak bagi beg plasti..
Tanpa diminta, dengan sukarela dia terangkan pada aku jenis dan tujuan ubat yang dipegangnya…. dan antara yang menarik perhatian aku adalah dua jenis antibiotik yang ada padanya…
Sebenarnya aku memang tak tahu yang antibaiotik adalah berbeza beza mengikut kegunaannya…
Yang aku tahu cuma antibiotik digunakan untuk menyembuhkan jenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
Tapi bila aku cari maklumat lanjut tentang Antibiotik ni aku terjumapa satu perkara yang agak menakutkan…. Iaitu kesan sampingan dari antibiotik ni…..
Apakah Antibiotik?
Antibiotik adalah ubat yang terhasil dari mikroorganisma seperti kulapok dan bakteria yang dapat membunuh ataupun membantutkan pembiakkan mikroorganisma yang lain semasa rawatan sesuatu jangkitan penyakit. Kumpulan ini hanya berkesan terhadap bakteria dan kulat dan ianya tidak sesuai untuk rawatan jangkitan virus.
Apakah jangkitan yang biasa di kalangan kanak-kanak?
- Jangkitan telinga – mungkin memerlukan atau tidak memerlukan antibiotik.
- Jangkitan sinus – antibiotik hanya diperlukan pada kes yang teruk dan berpanjangan.
- Jangkitan dada – mungkin memerlukan atau tidak memerlukan antibiotik.
- Jangkitan tekak – jarang memerlukan antibiotik kerana jangkitan ini kerapkali disebabkan oleh virus.
- Selsema – antibiotik tidak diperlukan.
Apakah kesan sampingan yang mungkin di alami oleh anak anda?
1. Gangguan pencernaan
Salah satu kesan samping antibiotik yang paling umum adalah masalah pencernaan, seperti cirit birit, mual, kembung dan nyeri.
2. Gangguan fungsi jantung dan tubuh lainnya
Beberapa orang yang mengambil antibiotik mengalami jantung berdebar-debar, degup jantung tidak normal, sakit kepala teruk, masalah hati seperti penyakit kuning, masalah ginjal seperti air kecing berwarna gelap dan batu ginjal dan masalah saraf seperti kesemutan di tangan dan kaki.
3. Infeksi
Kesan sampingan yang paling mudah dirasakan perempuan adalah jangkitan kulat pada organ reproduksi yang boleh menyebabkan keputihan, gatal dan vagina mengeluarkan bau serta cecair.
4. Alergi
Orang yang mengambil antibiotik juga sering mengalami alahan, bahkan hingga bertahun-tahun. Alergi yang sering terjadi adalah gatal-gatal dan bengkak di mulut atau tekak.
5. Resistensi (kebal)
Orang yang sering minum antibiotik boleh menyebabkan mereka menjadi kalis atau kebal terhadap antibiotik dan tidak lagi bertindakbalas antibiotik. Dan itu akan mengakibatkan beberapa penyakit dan jangkitan yang tidak dapat lagi diubati, sehingga memerlukan antibiotik dengan dos yang lebih tinggi. Semakin tinggi dos maka akan semakin menimbulkan kesan sampingan yang serius dan mengancam jiwa ..
Penggunaan antibiotik dos tinggi dan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan sampaing yang sangat serius, seperti disfungsi atau kerosakan hati, tremor (gerakan tubuh yang tidak terkawal), penurunan sel darah putih, kerosakan otak, kerosakan buah pinggang, tendon pecah, koma, aritmia jantung (gangguan irama jantung) dan bahkan kematian.
Penentangan antibiotik
Bakteria boleh membina penentangan terhadap antibiotik sekiranya antibiotik tidak digunakan dengan betul. Kanak-kanak adalah golongan yang paling banyak terdedah kepada masalah penentangan antibiotik. Penentangan antibiotik terjadi disebabkan oleh:
- Pengambilan antibiotik yang tidak diperlukan
- Pengambilan antibiotik yang tidak mencukupi (contohnya sukatan yang tidak mencukupi ataupun tempoh pengambilannya tidak lengkap)
- Pengambilan kendiri, ubat-ubatan lama atau melewati tarikh luput
Bagaimana anda dapat mengelak terjadinya penentangan antibiotik?
Ini boleh dilakukan dengan:
- Mengurangkan peluang mendapat jangkitan
- Pastikan anak-anak anda mendapat rehat dan tidur yang cukup
- Berikan minuman yang mencukupi
- Berikan anak-anak anda makanan yang seimbang dan berkhasiat
- Didik mereka cara mengekalkan kebersihan diri
- Didik mereka tentang kebersihan makanan
- Elakkan membawa anak-anak anda ke tempat yang sesak semasa berlakunya rebakan penyakit
- Pemberian antibiotik yang betul mengikut preskripsi doktor
- Pastikan anak anda mendapat rawatan antibiotik bila disahkan mendapat jangkitan bakteria
- Pastikan antibiotik diberikan dengan betul ; contohnya sebelum/selepas makan
- Elakkan mendapat rawatan dari satu doktor kesatu doktor yang lain bagi mengelakkan pengambilan antibiotik berlebihan
Jenis – Jenis Antibiotik
- Penisilin
- Amoksisilin
- Kloksasilin
- Eritromisin
- Siprofloksasin
- Sefuroksim








tak suka makan ubat. pahit. tak sedap. tak kacak.
titan recently posted..Abang Merah yang kacak
Mengenai pengunaan antibiotik ada kaitan “super bug”
akubiomed recently posted..Program Perjalanan Selamat 2012
ubat moden ni memang ada kesan sampingan
ubat trasional pula payah nak dihasilkan
tehr recently posted..Orang Melayu Putih
ubat klu dpt wajib d habiskan utk matikan kuman teros2 heeee
suri recently posted..Untung Ada Pelanggan “Muda” Datang
salam..saya nak tanya..saya ada bg ank sya mkan antibiotik dari klinik swasta..penggunaan selama sminggu..tpi saya hanya bg anak sya antibiotik selama 3hari saja..adakah akan ada kesan smpingan terhadap anak saya nnti??
sebaiknya antibaotik ni kena habiskan, dari apa yang saya dengar kalau tak dihabiskan takut nanti baktirian yang hendak dihapuskna masih tertinggal dan membolehkan baktiria tersebut imun terhahadap dos yang diberi
Ps : untuk lebih tepat sila rujuk pada yang pakar