dnoBiz

Just In & Around My BoX



Zakat Alam Ghaib

Zakat Alam Ghaib – Lapan beradik Kempunan 2.8 J

JOHOR BAHRU: Terpedaya dengan muslihat seorang bomoh yang mendakwa mampu mengembalikan harta arwah nenek moyang mereka yang dikatakan bernilai RM2.8 juta, lapan beradik kerugian RM62,285 yang dibayar kononnya sebagai zakat dan kos upacara meraikan ‘mahaguru.’

Mangsa, Nazri Mohd Noor, 40, berkata, bomoh berusia 37 tahun itu licik menipu dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain termasuk mengadakan satu ‘demonstrasi’ khas kemampuannya mengembalikan sebahagian daripada harta bernilai RM2.8 juta itu dalam bentuk wang tunai.

“Kami berkenalan dengan lelaki itu melalui seorang rakan pada 27 Mac lalu dan tertarik dengan keistimewaannya, antaranya mampu melihat dan berkomunikasi dengan pemegang amanah alam ghaib.

“Lelaki yang tinggal di Masai itu memberitahu sudah tiba masanya keluarga kami memiliki kekayaan nenek moyang kami yang keseluruhannya bernilai RM2.8 juta dan dia mampu menukar harta itu dalam bentuk wang tunai untuk kami.

“Bagaimanapun, kami terlebih dulu perlu membayar wang ‘zakat’ RM53,000. Selepas berbincang, kami adik-beradik setuju membenarkan lelaki itu mengadakan upacara menzahirkan duit berkenaan di kampung kami di Kelantan, pertengahan April lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber : MyMetro

Erk…. aku pun nak pegi scan jugak la mana tau kot kot ada harta peninggalan yang dulu dulu…, Kayo Pakcik…

Sebenarnya aku tak salahkan mangsa, kerana biasanya  dalam kes macam ni mangsa kekadan sudah pun dipengaruh dan kewarasan mereka sebenarnya sudah dikawal oleh bomoh terbabit…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN

4 Responses so far.

  1. decrewz says:

    Adui la diorg nih.. Percaya lagi benda2 camnih..haish…
    decrewz recently posted..Sejarah Dan Paparan Muka Blogger Dari Dulu Hingga Kini

  2. akubiomed says:

    Macamana boleh tertipu dengan jumlah yang banyak.
    akubiomed recently posted..Menempuhi kegelapan malam yang panjang

  3. bEe says:

    Pd pendapat bEe, confirm mereka kena “bomoh” oleh bomoh tersebut. Takkanlah serentak 8 org kena kalau tak dibomohkan bukan??? Logik akal pun menyatakan kalau tak dibomohkan mungkin salah seorg akan terfikir kaedah penipuan bomoh. huhu

  4. tehr says:

    … dan wang mereka pun ghaib bersama

    macam2 hal ada
    tehr recently posted..Stadium Baru Kelantan

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors