Saham Akhirat – Jurutera wakaf harta RM10 juta
KUALA LUMPUR: “Saya tidak pandai berdakwah dan ini yang mampu saya lakukan sebagai persiapan menghadapi kematian,” kata pewakaf, Ir Mohd Mazlan Md Ismail, 70, dari Kampung Sungai Penchala, di sini.
Mohd Mazlan mewakafkan dua bidang tanah seluas 0.68 hektar serta dua buah rumah dengan nilai anggaran melebihi RM10 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk dijadikan pusat pendidikan Islam khas kepada warga emas.
“Sudah lebih dua tahun saya berhasrat mewakafkan harta kepada golongan kurang berkemampuan dan alhamdulillah ia termakbul hari ini selepas MAIWP melaksanakan amanah berkenaan.
“Harapan saya supaya dimanfaatkan sebaiknya dan membantu golongan warga emas untuk mendalami ilmu Islam secara kaedah pondok dengan pendekatan lebih moden,” katanya ditemani isteri, Rabiah Bee Mohamed Sulaiman, 64, ketika penyerahan hak milik kepada MAIWP di rumahnya, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail.
Menurut Mazlan, keputusan itu mendapatkan persetujuan tiga anaknya dan dia serta isteri menetap di sebuah rumah yang diwakafkan sebelum diserahkan sepenuhnya selepas mereka berdua tiada kelak.
Sementara itu, Dr Muhammad Yamin berkata, bagi merealisasikan hasrat pewakaf, pihaknya memutuskan menjadikan wakaf itu sebagai Pusat Pengajian Warga Emas atau dikenali Pusat Pengajian Warga Emas Dar-Assakinah.
“Segala pengurusan pusat pengajian dikelolakan Bahagian Pembangunan Insan MAIWP dan sebagai permulaan MAIWP akan mengambil antara 10 hingga 15 warga emas atau mengikuti kesesuaian kapasiti rumah ini.
“Namun segala perancangan lain akan dilanjutkan dalam mesyuarat lembaga pada pertengahan tahun ini dan merancang untuk membina satu lagi bangunan di tanah ini bagi membolehkan ramai lagi yang dapat mengikuti pengajian terbabit,” katanya.
Katanya, MAIWP juga akan melantik seorang pengetua bagi menguruskan pusat pengajian yang dibantu pembantu hal ehwal Islam serta seorang pembantu am.-MyMetro
Aku selalu dengar dan pastinya ramai antara kita yang mempunyai niat seperti ini seandainya mereka dikurniakn harta yang melimpah ruah…
Tapi Kebiasaannya apa yang terjadi ialah mereka mula alpa da hanyut bila dilimpahi oleh harta dunia..
Jadi tak terlampau jika aku katakan yang jarang ada Insan seperti En Mohd Mazlan ni, Namun sudah jadi adab manusia pasti akan ada yang bersikap prajudis dengan keiklasan beliau…
Tahniah kepada beliau sekeluarga…..
Ps: Harapnya amanah beliau ni dijaga dan digunakan sebaik mungkin sebaik mungkin…..








Tindakan yang berani dan terpuji.
betul tu Bro..
tak ramai yang boleh lepaskan harta dunia macam tu aja
10 juta?kalau aku belum tentu lagi mampu nak wakaf 10 juta macam tu je.huhu…
aku pun rasa macam apa yang kau rasa
Kawe rasa that’s why Islam juga menggalakkan umatnya mencari rezeki dan bukannya duduk beribadah shj. Lebih ramai umat Islam yg mewah dan berzakat, maka lebih ramai umat Islam yg akan dapat faedah darinya. Kalau tak silap Yayasan Al-Bukari kelolaan jutawan Malaysia Syed Al-Bukhari telah spend hampir RM 1 billion utk bantu umat Islam. Ini kecil jika dibandingakan dengan lebih RM 100 billion oleh Bill Gates menerusi Yayasannya.
Betul tu DLSL..
dan oleh kerana sebab yang sama juga Islam suruh kita jangan berhenti belajar supaya inya dapat dimenafaatkan dari segala aspek…
Ps: Aku ada terbaca pengakuan beberapa orang jutawan barat seperti BG, D.Trumph, Warren buffett dan aku lupa siapa lagi seorang..
slah satu kaedah yang mereka lakukan apabila mereka dalam masalah kewangan ialah mereka akan menderma sebanyak mungkin yang mereka mampu.. dan biasanya itu menyelesaikan masalah mereka….
Alhamdulilah….
bEe nak cuba menjadi sprt beliau
Alahmdulillah.. semoga tercapai hasrat murni tu…
alhamdulilah. Mudah-mudahan lebih ramai orang macam beliau.
aku harap ada antara kita satu hari nanti yang boleh buat lebih dari beliau
mahu juga memberi sumbangan kalau ada sedikit rezeki… takut2 terlupa diri ini…
harapnya termakbul zik…
Yang penting niat dah ada
bestnya kalau dpat jadi cmni.. harap2 tindakan beliau jadi cth kepada umat Islam yang lain sprti kita2 ni..