Pukulan EURO – Dibelasah kerana tukar siaran EURO
Rasanya sejak UERO ni Bermula ramai yang jadi lalok walaupun tak hisap kuda atau ambil bahan terlarang, bahkan rasanya ramai juga yang dapat memo sebab lewat ke tempat kerja…
Dan rasanya ramai juga yang bergaduh suami isteri sebab selalu sangan biarkan isteri tidur kesorangan terutama pasangan yang masih panas panas suam …., dan untuk pasangan yang dah sejuk (dah lama sangat kahwin) mesti isteri ashik membebel sebab tidunya sering terganggu dengan pekikan si suami yang bersorak setiap kali pasukan yang disokong hampir menjaringkan gol…
Apa pun semua tak la kronik sangat jika nak dibandingkan laporan dari harian metro hari ni…
Cari Pasal Tukar Siaran TV
GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.
Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.
Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan – MyMetro
Ps : Sebenarnya aku agak hairan, apa yang mendorong dia untuk bertindak menukarkan siaran tersebut…..
Pss : Aku antara mereka yang lalok tanpa Pil





Macam-macam dah…
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Uncle Gedek Protege
huh musim euro ramai yang beremosi tak tentu hala..
aimannajmy recently posted..Mari melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 2