SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Namun, situasi yang dianggap biasa itu menjadi ‘racun’ dalam rumah tangga Johan, 40-an, apabila isterinya rupa-rupanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika.
Lebih menyedihkan kakitangan kerajaan itu, ‘selera’ isterinya sangat pelik apabila mudah terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal ‘Awang Hitam’.
Wanita berusia lingkungan 40-an yang mempunyai perniagaan sendiri itu dikatakan dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas.
Malah, pasangan berkenaan pernah bercerai gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum diberi peluang kedua oleh suaminya.
Namun, wanita berkenaan tidak serik dan menjalin percintaan dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.
Perkara itu dibongkar Johan ketika ditemui wartawan Metro Ahad di satu lokasi di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.
Menurut Johan, dia mula menyedari perubahan sikap isterinya pada pertengahan Jun tahun lalu.
“Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak.
“Malah, dia (isteri) dilihat sering bermain SMS dan kerap termenung seorang diri,” katanya yang dikurniakan lima anak hasil perkahwinan dengan isterinya sejak 20 tahun lalu.
Menceritakan lanjut mengenai kisah malang menimpa keluarganya, Johan berkata, isterinya dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Afrika yang belajar di kolej swasta di sekitar Nilai.
Katanya, perkenalan itu berlaku selepas isterinya bertemu lelaki berkenaan atas urusan kerja di rumah warga Afrika itu di Nilai dan mereka dipercayai bertukar-tukar nombor telefon.
“Sejak itu, lelaki warga Afrika berkenaan menggoda isteri saya melalui SMS sebelum mereka disyaki menjalin hubungan cinta selepas beberapa lama pertemuan itu.
“Rahsia isteri terbongkar selepas saya berjaya menghidu perbuatannya beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Dia mengaku keluar berjumpa lelaki Afrika terbabit, menyebabkan kami bertengkar. Saya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun namun gagal, menyebabkan kami bercerai hujung tahun lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Johan berkata, isterinya mula menunjukkan perubahan sikap membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula isterinya sebagai teman hidup selain demi masa depan anaknya dan mereka berkahwin kali kedua Jun lalu selepas lelaki Afrika itu pulang ke negara asalnya.
Menurutnya, isterinya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anaknya.
“Bagaimanapun, janjinya hanya bertahan kira-kira tiga bulan apabila dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga Afrika, dipercayai rakan kepada teman lelakinya sebelum itu.
“Saya syak dia (lelaki Afrika itu) seolah-olah menyerahkan isteri saya kepada rakannya selepas pulang ke negara asal,” katanya.
Johan berkata, lelaki warga Afrika terbabit yang petah berkata-kata itu mendakwa dirinya ahli perniagaan dan seolah-olah ingin mempergunakan isterinya untuk kesenangan hidupnya.
Katanya, daripada apa yang dia tahu, isterinya sanggup menggadai barang kemas dipercayai untuk membantu lelaki terbabit.
“Yang menyedihkan saya, isteri sekali lagi mengulangi perangai lama dan keluar dengan lelaki Afrika terbabit tanpa diketahui tujuan. Malah, adiknya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.
“Rumah tangga saya sekali lagi bergolak dan isteri saban hari menuntut supaya dia diceraikan, dipercayai selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki Afrika itu. Sehingga sekarang saya masih cuba mempertahankan rumah tangga demi anak.
“Saya mendedahkan perkara ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa atau membuka pekung di dada, namun sekadar ingatan kepada golongan wanita, terutama berstatus isteri orang, supaya tidak mudah cair dengan cinta palsu lelaki Afrika yang ingin mempergunakan diri untuk kesenangan mereka,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Johan membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika itu yang memporak-perandakan keluarganya.
Sumber : MyMetro
Ps: Pada aku benda ni tak boleh nak salahkan Awang hitam tu je, tapi yang perempuan tu jenis citarasa macam tu dan takde pegangan, tu yang senang sangat tergoda dengan janji manis pak Itam.






sy stuju dgn pdapat tuan blogger. ini soal bkaitan iman. sbg seorg isteri, bukankah dia hanya mjadi milik seorg llki bnama suami? d mana tanggungjwb dia sbg seorg isteri? memalukan sungguh apabila seorg isteri sanggup blaku curang kpd suaminya. dia x tahu hukum hakam agama ke atau kurang pgetahuan agama sehingga perlu di ajar oleh suaminya?
ini lah jadinya bila nafsu mendahului akal
salah dua juga hee..mungkin pompun tu jadi bgtu sebab suami kurang beri fokus pd isteri..klu tak masakan istri menjeguk pandagan diluar.
bgtu gak llki klu kurg mendapat perhatian dari isri,layanan yang di beri isteri kurg memuaskan hati pasti gak suami akan cari ..pandang yang lain..
back to komunikasi..salahkan sapa2 tak blh juga sebab prka ni perlu dinilai dari sejauh mana hubugan kemesaran suami dg istri tu sndri.dri suri kita akan dapat tahu apa mslah mrka..
iman perlu ada klu tak mmg runtuh sgala mahligai yg dibina anak2 jadi mgsa..
yang tu no koment,
Mungkin suri lebih tahu
tatkala ak bce entry ni,hti ak rse brdbr2 n bdn ak jd mnggigil..mgkin krn diri ak dikuasai prsn mrh yg tdk trhgga..mntk2 jauh dr btina yg mcm 2..sejauh lgit n bumi pon ak x kesah..truk sgt2 pmpwn mlyu..ak x tau npe leh jd cmni..kite smua sbuk kate,ngre jiran kne tsunami,gnung brpi..2 bala..tp dlm mse yg sme,ni pon sbrnrnye slh 1 bala..x kn mlyu hlang di dunia??sbb kn pmpwn mlyu rmi yg cmni lah,mlyu 2 sndri yg akn hlang di dunia..jgn smpi prg trbg kli ni mkn kpla org myk ni..x pe..kami sbr..kami sbr..slgi krjn x amik ap2 tndkn,tggu lah nnti..ksbrn mlyu di tnh tumpah drh sndri ad btsnnye..
This domain appears to get a great deal of visitors. How do you promote it? It offers a nice individual twist on things. I guess having something useful or substantial to talk about is the most important thing.
Thailand dan China juga banyak masalah dengan Awang Hitam. Mangsa utama adalah kaum perempuan juga. Banyak lelaki China sangat benci awang hitam kerana meniduri perempuan china. Di thailand pula awang hitam memperalatkan wanita thai jadi keldai dadah.