dnoBiz

Just In & Around My BoX



Nur amalina Mangsa fitnah

 

Mangsa Fitnah – Nur Amalina Mangsa Fitnah..??

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK). Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini. Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.- Berita Harian

Isu Nur Amalina ni antara isu yang tengah hangat diperkatakan sekarangni…

Akhirnya terjawab dengan kenyataan daripada Ibu beliau sendiri yang pada aku paling layak utuk mewakili anaknya..

Pada pendangan aku isu berkaitan tuduhan yang megatakan dia gagal untuk menghabiskan pengajian sudah tidak timbul, tapi mungkin yang akan dipersoalkan sekarang adalah perubahan penampilan diri beliau yang amat katara berbanding dengan Imej yang dahulu….

Dasi segi hukum rasanya semua pun tahu dan ini tidak terkecuali pada siapa pun, tak kisah la dia tu Isteri Perdana menteri atau tukang sapu, haram tetap haram…

Persoalanya kenapa dan mengapa semua isu ni boleh timbul…, adakah bermula bila gambar tersebut tersebar…???, dan bagaimana gambar boleh tersebar… ???, adakah ianya dicuri dari simpanan peribadi seperti dari dalam laptop atau pendrive beliau..???, sebab pada aku kalau setakat disimpan dalam FB atau laman sosial yang lain dan boleh diekses oleh orang lain tak kira la  kawan terdekat atau semua orang itu adalah salah sendiri.

Yang pasti, dia jadi mangsa sebab dia adalah individu yang pernah diangkat sebagai ikon dan boleh dikategori sebagai mereka yang terkenal, kalau dia bukan sesiapa dan tah apa apa, isu ni rasanya takan timbul dan kalau gambar tu disebarkan tiada siapa yang akan ambil kisah…

 Ps : Perubahan penampilanya memang memeranjatkan ramai Orang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN

37 Responses so far.

  1. nizam says:

    ia ke fitnah?meragukan je…
    nizam recently posted..Wordless Wednesday – Bermain Dengan Kod

  2. akubiomed says:

    Terpulanglah kepada tuan punya badan untuk menjawabnya dan memberi alasan.
    akubiomed recently posted..Blogger prihatin jom derma darah di PDN

  3. titan says:

    lantak dia la nak buat apa. Janji hangpa puas hati amalina..
    titan recently posted..Penangan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4g says:

    bukan masalah tentang akademik.
    masalah tentang nilai diri dan jati diri seorang muslim.
    4g recently posted..Kes Amalina berbaju seksi – ulasanku

  5. nuriz says:

    gambar tu mcm betul je huhu tak tau la kot ada edit photoshop hehe tapi mak dia tak kata pun tu gambar edit kan, dia kata gambar peribadi ..dlam FB huhu
    nuriz recently posted..Lagu lagu dalam Gemersik Kalbu

  6. Razlan says:

    Amalina kena kembali ke pangkal jalan seandai tuduhan ini benar,cemburu,jeles tu lahir dlam setiap insan
    Razlan recently posted..Contoh Surat Naik Gaji

  7. b3njy says:

    Betul kata tauke dnoBiz sebab dia terkenallah orang ambil kisah sangat … Benjy nengok ada seorang wanita yang kerja kat kedai makan mamak pakai baju terdedah 80% tak der pula sibuk2 keluar kat internet … hehehehe biasalah tu :D
    b3njy recently posted..KEMALANGAN JALANRAYA ‘PERMULAAN SANTAPAN’ 2012

  8. b3njy says:

    Macam Benjy dan tauke dnoBiz ni tak terkenal kalau pakai seluar dalam je main bola sepak pantai di pantai cahaya bulan SAHlah ! tak der orang sibuk2 nak keluarkan gambar kami kat internet. … siapalah kami ni betul tak tauke dnoBiz ?
    b3njy recently posted..KEMALANGAN JALANRAYA ‘PERMULAAN SANTAPAN’ 2012

    • dino says:

      tapi kalau kau buat macam tu ben… aku memang tak mengaku yang aku kenal kau, walaupun aku kenal kau hahahaha…
      Ps : Jang ben tak senyonyoh tu :D

  9. b3njy says:

    Finat-menfitnah ni biasalah … sebab dia adik beradik gosip juga .. tu … rakyat Malaysia kalau tak gosip sehari rasa tak lengkap hidupnya sehari :D
    b3njy recently posted..KEMALANGAN JALANRAYA ‘PERMULAAN SANTAPAN’ 2012

  10. b3njy says:

    Daripada kita gosip2 cerita yang entah betul ke entah tidak tu … baik kita gi mancing atau kerja part time kat kedai tauke dnoBiz ada faedah lagi …. betul tak tauke :D
    b3njy recently posted..KEMALANGAN JALANRAYA ‘PERMULAAN SANTAPAN’ 2012

  11. b3njy says:

    Emmm … kalau nak apply kerja part time kat kedai tauke dnoBiz ada kosong ke … tetapi tak nak kerja yang “cari 2 orang sahaja …. nanti yang 2 orang tu cari lagi 2 orang …” hehehehe :D
    b3njy recently posted..KEMALANGAN JALANRAYA ‘PERMULAAN SANTAPAN’ 2012

  12. tehr says:

    aku ni
    dari muda sampai ke tua
    macam ni la
    selekeh sokmo
    hehe
    tehr recently posted..Layan 3GP Tengah Malam

  13. lazaac says:

    lazaac duk tgh2.. bkn nak tuduh dan mengata apa… mungkin ada benarnya dia difitnah, dan ada benarnya mungkin dia dah kantoi.. wallahualam…
    lazaac recently posted..Says.My | Says.Com/My ~ News:Remix Sudah Boleh Diakses

  14. shraqs says:

    Secara peribadi aku hanya nampak isu dengki dan fitnah je.
    shraqs recently posted..Lagi Free Games Daripada Samsung Kepada Pengguna Galaxy SII & Galaxy Model

  15. chii says:

    time skolah pakai tudung..bila kat luar seksi semacam..rasanya bukan adik amalina je yg mcm ni..chii pernah jumpa pelajar sekolah agama..bertudung litup di sekolah..tp bila outing..berskirt pendek..siap tangan ada rokok…

    bezanya..dia x se xcellent amalina..sebab tu kisahnya tidak dipertikaikan..

    apa pun..jagalah diri sndiri dan keluarga sendiri dulu…=)

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank