dnoBiz

Just In & Around My BoX



angkara isteri durhaka

Isteri Durhaka – Hayun kuali hentak kepala suami

“Suami Pulang sewaktu Kekasih Gelap Ada di rumah”

AMPANG: Gelaran isteri derhaka layak buat seorang wanita apabila tergamak menghentak kepala suaminya dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita akibat penyakit kencing manis pengsan seketika sewaktu berada di rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dibuat selepas wanita terbabit terdesak kerana pada masa sama seorang lelaki lain yang dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam rumah dan tidak menyangka suaminya datang ke kediaman itu.

Ini kerana pasangan berkenaan dalam proses bercerai selepas tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

 Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Selasa lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pemandu van pulang ke rumah untuk menjenguk anak dan memberi wang belanja kepada mereka.

Namun, sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah, isterinya terus menghentak kuali ke kepalanya sebelum mangsa yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pengsan.

Menurut sumber polis, mangsa bernasib baik kerana anak perempuannya yang berusia 16 tahun terus menghubungi ambulans untuk meminta bantuan selepas melihat bapanya tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan. Dia juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita yang juga isteri mangsa berusia 38 tahun sehari selepas kejadian sebelum dibebaskan dengan dijamin ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga anak berusia belasan tahun, namun mempunyai masalah rumah tangga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, suaminya sudah dua tahun tinggal berasingan dan menumpang di rumah ibu saudaranya di sebuah flat di Kuala Lumpur, namun dia sesekali pulang ke rumah untuk menjenguk anaknya.

Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disukai isterinya yang dikatakan sudah mempunyai kekasih lain dan sebelum ini juga pernah memarahi suaminya yang melawat anak-anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

Sumber : MyMetro.com

Ps : Aku kata seperti yang selalu aku kata…. seba buat masa sekarang ni aku masih tak terkata apa apa cuma mampu Geleng kepala…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN

3 Responses so far.

  1. RedBoys says:

    alahai. kesian si suaminya. sudahlah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi, kena ketuk pulak. hurm.
    RedBoys recently posted..Kalau Sudah Malang

  2. tehr says:

    bila akal tak dapat dikawal
    macam2 boleh jadi, dB
    tehr recently posted..Separuh Akhir Piala Asia 2011

  3. Ladfe Amir says:

    zaman sekarang ni..ayat lelaki sahaja yg jahat sudah tak boleh pakai lagi. wanita pun sama je skrg ni.

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors