dnoBiz

Just In & Around My BoX



guru macam setan

Guru Setan – Ikat dan belasah pelajar 7 tahun hingga Koma

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

 Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sumber : MyMetro

Aku jadi sakit hati bila baca berita ni, ada tiga sebab mengapa aku rasa macam tu… ( Itu kalau betul seperti apa yang dilapurkan)

Sebab Pertama, kejadian berklaku disekolah Agama ditempat yang sepatutnya mendidik ramaja dan jenarasi akan datang kearah ajaran Islam Yang cukup lengkap dari segi Aklak, rohani dan jasmani, dan sepatutnya tanaga pelajar lebih tinggi sifatnya daripada yang diajar, pelaku juga sudah seakan akan menghina sistem pendidikan Islam.

Sebab Kedua, Pelajar tersebut baru berumur 7 tahun, satu umur yang belum cukup matang untuk menialai baik buruk satu perkara, umur yang masih boleh dibentuk dan dididik kejalan yang lebih sempurna, umur yang masih terlalu mentah untuk dihukum dan didenda dengan kekerasan, jadi apa rasionalnya tindakan guru tersebut, di mana kewarasannya…, berapa besar salah mangsa sehingga diperlakukan sedemikian rupa… ???

Sebab Ketiga ialah Pelaku tersebut sudah meletakan maruah profesion perguruan ke satu tahap yang tidak sepatutnya, sedangka masih ramai lagi guru yang iklas dalam perkerjaan mereka namun kerana tindakan segelintir pihak menyebabkan pandangan masyarakat mula berubah.

Ps : Harap Pihak berwajib dapat lakukan siasatan secepat mungkin dan jika betul apa yang dikatakan aku harap pelaku dapat dihukum dengan sekeras kerasnya,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN

13 Responses so far.

  1. Mazlan Isa says:

    Tolonglah hukum guru tu sekeras-kerasnya. Itu bukan guru tapi hantu berbadan manusia. Minta tolong dera pukul dan ikat budak tu sampai meninggal dunia jangan pejam mata kata biasa lah tu. Sebelum orang ramai protes dan buat demo tolonglah ajar cikgu tu. Ramai diantara kita pun pendidik tapi tak camtu punya kerasukan syaitan. Tolonglah lah hukum secukup-cukup gantung sampai mati sebab budak tu tak berdaya melawan dan diikat.

  2. Ismail N says:

    Bab ni ler buat aku malas baca Metro bro.. Tak sanggup aku baca kekejaman orang yang melampau! Moga di balas tuhan hendaknya…
    Ismail N recently posted..Nine-Year-Old Japanese Lionel Messi

  3. benjy says:

    Aku juga dah tahu berita ini semasa menonton buliten utama tv3 sekejap tadi … apalah masalah guru tersebut sehingga bertindak sedemikian … diikat dan dibelasah … budak mangsa baru je 7 tahun … kalau hebat sangat guru tu cubalah test hantuk kepala kat dindig sekolah … agak2 pecahke dinding sekolah tu … (guru yang baik tidak semestinya tegas atau garang … )
    benjy recently posted..SPEED LIMIT 60

  4. Ammar says:

    jgn nnt claim guru tu ada mental problem pulak, lepastu terlepas dari hukuman yg sewajarnya. tolonglah berikan pengadilan yg setimpal. ini terjadi sebab tak control temper, ikutkan nafsu tanpa akal. kalau ye pun bdk tu mencuri he’s just 7 years old tak tau apa2. haih, ada ilmu agama pun mcm tak ada, ibu bapa nk rely kat siapa kalau ini gayanya. susahla mcmni. how do you judge & justify Who to trust then? background guru/sekolah yg bagus pun tak boleh menjanjikan apa2 now. mcm terpaksa pasrah buta2 je utk apa yg akan jadi.

    • dino says:

      kes macam ni boleh menimpa sesiapa je sebenarnya, kerana tindakan itu diluar kewarasan dan tak mampu nak dijangka dengan akal kita, yang pentin bertawakal dan minta jauh dari segala kejadian buruk..

  5. tehr says:

    takziah kepada keluarga arwah
    pelik dan sedih membaca berita seperti ini
    tehr recently posted..Rahsia Tarikh Lahir

  6. fuad says:

    org tiada perasaan kasih sayang tidak layak jadi manusia apatah lagi menjadi guru. budak tu belum lagi mukallaf tak berdosa pun kalu dia melaku kesalahan yg paling penting mendidik. ahlak begini sangat jauh dari sifat nabi yg sangat kasih pada kanak-kanak.

  7. MDHAFiZ.NET says:

    kesian bapak budak tu…sayu hati mendengarnya..

  8. mior says:

    duk di asrama ni bkn saje stakat tension ngan ragam2 senior mmbuli, tp warden/guru juga kadang2 wt perangai juga kerna warden/guru smase sy duk d asrama dlu juga sbegitu..dok lepas tension kt student..

    Al-Fatihah bt Arwah…

    mntak2 hukuman stimpal diberi kpd guru yg berperangai sprti binatang tu..

  9. Emkay says:

    Salam,

    Mintak jangan cepat menghukum, sila baca wht is claimed to be the other side of the story:

    http://ohcikgu.com/2011/04/16/kesinambungan-disebalik-kisah-adik-saiful-dan-cikgu-hanif/

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank