Guru Cabul Murid – Guru “DiTuduh” cabul 11 Murid
Ini Adalah Sambungan daripada kisah “Cikgu Terlampau – Cikgu Cabul 12 Murid” yang disiarkan di Harian Metro Bulan Lepas, akhirnya kenyataan awal daripada tertuduh sudah kita dengar, dan yang pasti kes ini memang meletakan maruah, kerjaya masa depan dan keluarga tertuduh di hujung tanduk.., namun aku cukup tertarik denagn kisah ni kerana ada beberapa perkara meragukan aku….
AMPANG: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.
Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.
Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.
“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.
“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.
Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
Ps : Ni adalah pandangan awal aku berdasarkan berita dari akhbar semata mata…
Dari apa yang aku perhatikan aku rasa ada sedikit keraguan dalam kes ni, daripada laporan akhbar hari ni aku rasa tertuduh merupakan guru yang tidak bermasaalah, ini adalah berdasarkan daripada sokongan daripada rakan guru yang hadir memberi sokongan pada beliau semasa sebutan kes dijalankan….., tuduhan juga pada aku agak meragukan kerana tindakan yang dilakukan agak tak masuk akal kerana jumlah mangsa yang begitu ramai dan mangsa pula adalah terdiri daripada mereka yang dikenakan hukuman…
Pss: tapi ini tak bermakna aku menyokong tertuduh dan mengatakan tertuduh tidak bersalah, ini cuma pandagan dari apa yang aku baca bukan keputusan akhir aku





Parah jugak ne kes ne,dari mimik muka guru tu cam tak bersalah je,tapi tak kan cikgu tu nak rembat semua budak2 tu kot
joomla templete recently posted..Game Joomla Themes 2011 World Wide Appeal and Market
kalau betul dia buat pada semua budak tu dalam satu masa dan di satu bilik yang sama, memang dia pendek akal..,
Ps ; tak sabar nak tahu kisah selanjutnya
Memang pendek akal kalau sekaligus…apapun, kene tunggu kes selesai…moga semua dakwaan ini tak benar…sbb ia benar2 akan menjatuhkan kredibiliti profesion perguruan…
memang xmasuk akal la..xkan la nak buat benda xelok kat 11orang skali gus..lgpun budak2 sekolah tu xkan la xreti nak bg penampar ke apa ke..diorang kan ramai..lau nk ikutkan mmg xlogik..tp still kena tggu keputusan sebenar cmne..
Notakaki recently posted..Cara membuat window 7 berbeza dari yang lain
betul tu Bro..
apa pun kita tunggu apaselanjutnya kerana apa yang kita paham sekarang ni hanya berdasarkan maklumat daripada akhbar dan hakikat sebenar hanya merea yang tahu….
Harapnya dapat diselesaikan dengancara terbaik supaya yang bersalah tidak tersenyum dan yang jadi mangsa pula menangis..
Saya tidak dapat hendak komen dan mengharapkan perkara sebenar terbongkar
akubiomed recently posted..CONTEST Saya Sayang Mesir!
itu la yang aku harapkan bro, sebelum ada yang mempolitikan kejadian ni baik diselesaikan secepat mungkin
harap2 segala kekeruhan dan simpang siur dalam kepala kita akan jernih dan selesai dengan segera
biar saja mahkamah yang menentukannya
tehr recently posted..Rilek Sekejap
harapnya yang bersalah tidak terlepas…
ya bersalah tdk blh lari..dan teraniaya huuu..
keadaan yang belum pasti kesudahannya…
huhu.. gempaknye.. sampai 11 org murid skali nak kebas..
sadieqz recently posted..Demam Terbaru Yang Saya Miliki
kalau diganyang oleh mangsa secara beramai ramai memang masak cikgu tu…
harap kes ni dapat diselesaikan dengan baik..
kulanz recently posted..Blogger Jangan Lakukan 10 Perkara Ini
Begitula hendaknya…
Ps: susah juga bila kes melibatkan kaum ni
salam….marilah kita sama2 berdoa semoga dia terlepas dr tuduhan….sy yakin, dia tak ada niat pun…sbb i know that teacher…..dh lama dia jd cikgu…kalu dia nk buat…dh lama dia buat…mungkin ini ujian utk dia…..ALLAH maha besar…mungkin ada hikmah….harap kwn2 tak memandang serong padanya…n salahkan cikgu semata2….niat kami cuma nak mendidik…tapi disalahtafsirkan…..sedih sngt…..skrg kes masih dlm perbicaraan n kita sesama islam tolong lah doakan utk dia….insyaALLAH…
Betul tu
berdoa agar kebenaran ditunjukan bukan berdoa untuk mana mana pihak
memang agak pelik dengan kes ni berdasarkan laporan akhbar tu…harapnya kebenaran diserlahkan
etomyam recently posted..7 sebab Utama iPad 2 Akan Jadi Hit
begitulah harapnya Jaz..
nak komen erk..takut pula dgn berita ni sb mash dalam pemerhatian court huu..
janga taku suri
selagi kita tak menyebelahi mana mana pihak dan komen untuk mencari kebenaran itu tak menjadi masaalah rasanya..
Wallahuallam… tunggu apa keputusanya selepas nih…
zik recently posted..Kartun malaysia- Samseng Hutan Part2 18sg!
terpaksa tggu jela..
p/s: kekadang benda yg ditunggu ni menyakitkan ati jgk…xsabar2..hehe
tunggu dan lihat,
tapi harapnya tiada yang cuba provokasi perkara ni..
betul tu Zik..
penantian satu penyiksaan…
Ntah, bila baca rasa mcm Cikgu ni difitnah jer. Maybe betul dia letak tgn kat dada utk tgk kesihatan tanpa ada niat nak cabul pun kot. (Kalau betul dia buat mcm tu la kan) . Kan selalu cikgu disiplin ni dibenci murid, tak hairan la kalau dia di fitnah pun.
Kesian kat isteri & anak dia pulak.
kalau betul dia lakukan.. memang dia tak berhak untuk letak tangan pada badan murid walau apa alasan sekalipun…,dan beliau sepetutnya dihukum sekeras kerasnya kerana ini bukan sahaja melibatkan maruah murid, tapi juga maruah Guru, agama dan bangsa.
Dan kalau betul dia difitnah.., memang ini merupakan satu fitnah yang cukup zalim dan kejam kerana menyebabkan bukan sahaja mangsa dan keluarga, tapi memburukan kaum melayu, agama islam, perguruan dan juga menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia
hurmm kita tunggu siasatan settle..nkkomen lebih2 taktau puncanya suma
aimannajmy recently posted..Laksa Teluk Kechai Kuala Kedah
cuma bagi pandangan berdasarkan lapuran akhbar
hanya Allah yg mengetahui segala-galanya. kebenaran tetap akan terserlah jika tidak di dunia, akhirat pasti akan terbuka jua
Ladfe Amir recently posted..Salahkah Jadi Orang Ketiga