dnoBiz

Just In & Around My BoX



Bantuan Rakyat 1Malaysia

 

Bantuan Rakyat 1Malaysia – Isteri dimadu layak mohon bantuan RM500

Ini Berita Baik kepada wanita wanita yang bermadu….

Ini tiada Kaitan Dengan Payung Emas (tak ada hadis pun Tentang payung emas ni), Tapi tentang Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak rm 500 yang layak diterima Oleh Isteri yang hidup bermadu.

BACHOK 9 Dis. – Semua isteri yang dimadukan dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,000 berhak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 bagi meringankan beban keluarga.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bantuan tersebut akan disalurkan kepada isteri-isteri terbabit kerana mereka yang menguruskan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, lelaki atau wanita bujang yang menanggung keluarga kerana ibu dan ayah sudah meninggal dunia juga layak memohon bantuan tersebut.

“Isteri pertama, kedua hingga keempat juga berhak mendapatkan bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan di negeri Kelantan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.

“Bagi golongan bujang yang tidak berkahwin tetapi mempunyai tanggungan adik-beradik terutama keluarga yatim piatu, juga berhak mengemukakan permohonan untuk menerima agihan wang yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan.

“Bagaimanapun, mereka yang keseorangan tanpa isteri (bujang) dan lain-lain tanggungan tidak berhak menerimanya. Namun, ibu tunggal dan bapa tunggal termasuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas berhak menikmati manfaat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus TEKUN Parlimen Bachok, Zailani Ya.

Awang Adek berkata, semua JKKKP sudah diberi taklimat khusus untuk melicinkan pengurusan agihan borang dan diminta mempermudahkan pengesahan kepada semua pemohon tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, pemberian bantuan itu tidak boleh dijadikan isu politik kerana pelaksanaannya akan dibuat secara telus dan adil tetapi ia dibuat menerusi JPP dan JKKKP bagi melicinkan pengurusan di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

“Ini adalah usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

“Kerajaan juga sudah melunaskan tanggungjawab menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100 kepada setiap pelajar baru-baru ini,” katanya.

Katanya, sudah banyak usaha membela kebajikan rakyat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan yang seharusnya disedari oleh rakyat terutama di negeri itu.-Utusan

Masalahnya sekarang….

Macam mana lelaki tu boleh kahwin lebih dari satu kalau dari segi kewangan dia kurang berkemampuan….???

Dan harapnya tak ada suami yang guna alasan Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk tambah cawangan… :D

AWAS!!!

Jangan tertipu dengan Individu yang menjual Borang Untuk dapatakan batuan Rakyat 1 Malaysia

Mereka adalah penipu….

PS : Tak kisah la apa alasan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ni diberikan, asalkan dapat megurangkan beban rakyat itu dah kira Syukur Alhamdullillah…..

Pss : Pangkah apa sokong siapa itu belakang cerita, tapi orang berbudi kita berbahasa..,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN

20 Responses so far.

  1. akubiomed says:

    Wah ini berita gembira kepada yang bermadu. :-)

  2. tehr says:

    aku nampak
    boleh memohon je ni
    layak ke tidak akan ditentukan kemudian

  3. b3njy says:

    Masih awal lagi Benjy nak pergi isi borang … hehehe … tarikh tutupkan 10 Jan 2012.

  4. b3njy says:

    Tauke DnoBiz tak mohon ke ? mana tahu dapat boleh belanja kita dengan membuat contest …. hehehe

    • dino says:

      Insyaallah tak….
      rasanya buat masa ni aku masih boleh jana pendapatan sendiri… itu rezeki mereka yang layak je :D

  5. b3njy says:

    Betul kata tauke DnoBiz tu … nak sokong siapa belakang kira yang penting kena terima bantuan tu … ada juga buta belanja dapur sikit2.

  6. b3njy says:

    Wow ! … tauke DnoBiz … dah pasang Innity kat header tu … Class Kau DnoBiz … :)

  7. b3njy says:

    Mungkin lelaki yang ada cawangan tu tak banyak duit tetapi cawangan-cawangannya yang banyak duit. Biasalah macam kompeni besar, semua aliran duit di setiap cawangan akan pergi ke HQ (Suami) … hehehe … rezeki jangan ditolak beb.

  8. yas says:

    Nampaknya org dh mula menyerbu kaunter LHDN….

  9. titan says:

    hehe..orang lelaki pasti gembira…

  10. baim says:

    Bujang dok sorang-sorang tak layak plak. Ingatkan boleh.

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors