Bajet 2012 – Cadangan naik gaji Ahli Parlimen ditarik balik
KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, selepas mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012. Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. “Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini – Berita Harian
Aku Memang dah agak pun…
Dari apa yang aku lihat sepanjang pembentangan bajet tersebut, bab naik gaji ahli parlimen ni la saat yang paling sinis dalam sejarah pembentangan bajet Malaysia, cara pengumunan yang dibuat pun cukup sinis pada aku..
Pastinya mereka yang boleh berfikir dan turut sama menyaksikan pembentangan bajet tersebut sudah menjangkakan hasil keputusan cadangan itu, dan seandainya Pembangkan setuju sekalipun, ahli perlimen dari kerajaan akan menolak, secara tak langsung akan menjerat mereka yang bersetuju.
Secara logiknya cadangan itu hanya sekadar cadangan untuk dijadikan racun dan bahan lawak kepada mereka yang gelojoh dan tak berhati hati, ditelan mati mak diluah mati bapak…
“Menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja Ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka, Kerajaan dengan ini bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli-ahli Parlimen sekalian. Dengan syarat… kedua-dua belah pihak, parti Kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.”
Sebenarnya penolakan ini memang telah aku jangka, cuma yang aku tak jangka ialah bila cadangan sinis ini ditolak dengan retorik, sepatutnya menreka hanya menolak tanpa sebarang retorik politik, keranana permainan sebenar masih belum bermula……
Ps :Pastinya siapa yang makan cili dialah yang rasa pedas dan siapa yang kurang cerdik dialah yang terpalit tahi dalam permainan ini








aku tak pula sempat nak baca banyak berita hari ni
ada ke ahli parlimen yang cakap setuju elaun naik?
permainan yang tersirat, hehe
kalau semua setuju baru pm bagi, dah ada yg bangkang so tak jadi le, lagipun tak pyh la elaun gaji dah tinggi dah depa ni
aku mmg tak reti sepak terajang politik ni..
ada saja retorik dan spekulasi…isk3
aku pun dah jangka cadangan tu ditolak.apapun semua tu politik je.dua2 pihak sama je…
Kalau diterima pun susah, tak terima pun macam2 kontroversi. Kita tak duduk di dalam tu. tentu mereka lebih tahu percaturan sesama mrka.
Hampeh….