Angkara Rokok – Penerbit Filem Dibelasah Kerana Rokok
KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi kelmarin.
Hazil yang juga suami kepada pelakon Nadia Mustafar, diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.
Menurutnya, mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.
“Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.
“Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya,” katanya yang kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar. Hazil berkata, dia hanya mampu menutup muka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.
Menurutnya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini.
Hazil berkata, dia mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri selain perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya.-MyMetro
Aku tak tahu siapa yang salah dan siapa yang betul..
Aku juga tak tahu adakah punca sebenar kejadian tu…
Aku juga tak tahu adakah wajar tercetusnya pergaduhan tersebut hanya kerana sebab yang dikatakan…
Tapi yang aku rasa adalah… tak berbaloi ditimpa musibah, hanya kerana rokok dan Pusat Hiburan….





Simpati apa yang berlaku. Mungkin lain kali perlu berbincang ditempat yang lebih sesuai.
akubiomed recently posted..Jangan ambil bukan hak kita
Hmmm samseng betul lah..
azman recently posted..Bagai melepaskan anjing tersepit
disebabkan kawan tu nak leraikan perselisihan faham saja sampai jadi begini.. teruk juga kecederaan dialami..
MR.Z recently posted..Photography Outing Bersama Ustaz Azhar Idrus di Pulau Pangkor
hurm.. skrg nie mcm2 blaku.. juz sbb rokok pn blh gadoww..
kl@n@ recently posted..Pelik Tapi Benar – 2 Tahun Tak Tanggal Make Up
sebab rokok nak main belasah-belasah???
titan recently posted..Cara mudah untuk lepas Innity