dnoBiz

Just In & Around My BoX



jual anak kerana rokok

Anak Ganti Rokok – ‘Jual’ anak untuk rokok

BATU PAHAT: Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran.

Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok.

Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya.

Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.-MyMetro

Ps : Kalau Betul apa yang dilaporkan aku tak tahu bapa jenis apa yang sesuai untuk dilebel kan pada Si bapa Ni…. namun yang pasti kepada si anak mungkin ini lah kemerdekaan yang amat bermakna pada mereka, tu pun kalau apa yang berlaku tanpa kerelaan mereka…

PSS : Tak ramai yang menghayati erti kemerdekaan kerana mereka tak alami kesusahan sebenar…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN

One Response so far.

  1. akubiomed says:

    Memang patut digelar bapa durjana. Sungguh kejam membiarkan zuriat sendiri sebagai tukaran rokok.
    akubiomed recently posted..Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors