dnoBiz

Just In & Around My BoX



Tok Belagak Darul Saka

Ajaran Songsang – Tok Belagak Darul Saka

“Baca Yasin Mengundur, Tahu siapa Ke Syurga”

SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur – itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.

Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.

Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama

“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.

“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya.

Sumber : MyMetro

Ps : Macam macam Ada dah…, boleh scan siapa ahli neraka dan ahlu Syurga la pulak…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN

20 Responses so far.

  1. Ladfe Amir says:

    hanay mereka yg tidak cukup akal sahaja yg akan terpengaruh dengan idealogi mengarut macamni.

    tapi yg anehnya..tetap ada juga pengikutnya.
    Ladfe Amir recently posted..Salahkah Jadi Orang Ketiga

  2. akubiomed says:

    Yang heran ada golongan terpelajar pun boleh terjebak dengan ajaran sesat ini
    akubiomed recently posted..Mari bermain Light Painting @ Light Graffiti

  3. penyu says:

    cepat sungguh orang kita dan akhbar menghukum seseorang dengan sesat tanpa usul periksa. Biarlah pihak agama yang menyiasat dakwaan macam ni. adakah dakwaan ini benar? atau ada pihak yang dengki dan buat2 cerita bagi menjatuhkan sesuatu pihak?

    • dino says:

      itu bukan menghukum, tapi penilaiyan daripada apa yang dilapurkan, dan kadang kadan benda yang nyata tersasar tidak perlu menunggu pihak berwajib untuk buat keputusan kerana kita sepatutnya boleh menilai dengan akal yang waras tentang sesuatu perkara berdasarkan apa yang telah diajarkan dalam islam

  4. tehr says:

    belagak? berlagak?
    aku tak tahu siapa yang sepatutnya berlagak
    tehr recently posted..Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2010 – 2001

    • sangilapi says:

      orangnya memang langsung tidak berlagak sekadar lebih suka bercakap berterus terang

      *laporan akhbar ni jangan diterima bulat-bulat dan nicknamenya memang belagak [sengaja digugurkan huruf R tu*
      sangilapi recently posted..baru ku tahu

  5. usop says:

    Sejak bila pula kita boleh terus percaya pada berita dr akhbar pelapor berita seks no 1 malaysia ni?Tengok nama penulis pun dia tak letak,sungguh berkredibiliti.

    Contoh fitnah bila dia tulis baca yasin mengundur.Yang sebenarnya amalan yasin 7 mubin i.e amalan ulama2 termasuk darussyifa.Bukan mengundur tapi ulang balik baca yasin dr awal setiap kali berjumpa ayat ‘mubin’.

    Fakta sebenar,berita hari ini melaporkan darul saka sudah pun disiasat sejak tahun lepas dan tidak ada unsur sesat oleh jakim.

    Moral of the story,siasat dulu sebelum menghukum.

    • dino says:

      Terima kasih kerana sudi memberi pandanga..
      Saudara Usup..
      harap saudara usop baca semula laporan akhbar dan komen yang ditinggalkan diatas baca dengan hati yang tenang…
      Semua komen diatas ditulis berdasarkan lapuran akhbar harian metro.. dan tiada siapa yang sudah menghukum darul saka yang cik pertahankan tu.., mereka hanya memberi pandangan peribadi berdasar dari berita tersebut…, untuk menghukum bukan tugas mereka kerana benda masih dalam siasatan.. jadi daripada cik sindir mereka macam tu saya rasa baik cik cuba perjelaskan keadaan yang sebenar kepada saya dan juga mereka kerana kat sini kita boleh berkongsi pandangan dan apa yang cik tahu mungkin mereka tak tahu….

  6. penyu says:

    Berita Hmetro page 9 semalam ( 17march 2011) dah siarkan Pengarah Bahagian Siasatan JAIS berkata ” Tetapi setakat diketahui ajaran Tok belagak tidak menampakkan ciri-ciri penyelewengan namu kami akantetap menyiasat” .JAIS telah melakukan siasatan berhubung perkara ini tahun lepas… JAIS mendapati tiada perbuatan menyalahi hukum syarak dilihat sewaktu melakukan penyiasatan terhadap Tok belagak…. adakah ini satu FITNAH. Dalam hal2 sebegini jangan cepat melatah…siasat dulu. Kalau betul aduan kali ini, bagi masa dan ruang pihak berkuasa menyiasat…

    • dino says:

      Tuan PenYu…
      Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat..
      Seperti juga Jais Yang menyiasat lapuran yang mereka rasa ada percangahan dengan ajaran Islam, jadi pembaca juga akan melahirkan rasa curiga dan rasa pelik mereka bila membaca berita seperti ini…, dan yang pasti saya rasa tiada satu komen pun yang menghukum darul saka, tetapi mereka hanya melahirkan kehairanan macam mana boleh ada yang terpengaruh dengan ajaran macam tu ( itu jika betul seperti yang didakwa ) dan tiada siapa yang menjatuhkan hukuman cuma sekadar berkongsi pandangan dari ceritab yang disiarkan…. fitnah atau tidak hanya mereka yang buat cerita je tahu…

  7. Pemikir says:

    Assalamu’alaikum.

    Mohon jika beriman dengan Al Quran dan sunnah. Ikutlah perintah Allah agar menyelidik sebelum menghukum.

    Ini laman blog Tok Belagak. Http://darulsaka.blogspot.com

    Wajib bagi admin yang menyebarkan berita ini untuk bertanya kepada tok belagak berkenaan. Sebelum terlibat dalam penyebaran berita yang salah dan batil.

    Wallahua’lam

    • dino says:

      Waalaikummusalam
      Tuan pemikir..
      Terima kasih kerana sudi menegur….
      Tapi saya harap tuan pemikir baca semula setiap komen yang diberi, harap tuan pemikir baca denga lebih tenang dan famam betul betul, tuan Pemikir guna daya pikiran tuan pemikir untuk faham semula apa komen dari pembaca diatas… adakah mereka menghukum atau melahirkan kekeliruan, dari apa yang saya baca mereka sebenarnya hairan macam mana ramai yang boleh terpengaruh dengan darul saka sedangkan mengikut apa yang dilapurkan oleh harian metro ajaran yang dibawa memang terpesong (itu dari laporan metro)
      Dan memang betul saya berkongsi berita yang saya sendiri pun tak pasti akan kebenarnany.., sebab saya tak tahu la saya kongsi dan sekurang kurang nya mereka yang tahu seperti tuan pemikir boleh tampil dan memberi penjelasan tengtang keadaan yang sebenar, cuba tuan pemikir fikir dengan cara positif.. disini ini tuan juga boleh mengunakan peluang yang ada ni untuk memperbetulkan keadaan dan berkongsi perkara sebenar dengan pembaca yang membaca berita daripada harian metro tu, itula tujuan ruang komen ni dibuka, jadi bila ada sesuatu perkara yang tidak betul dilapurkan pihak yang terbabit dan yang tahu tengtang perkara sebenar berpeluang membetulkan keadaan…, berbanding dengan pembeli dan pembaca harian metro diluar sana mereka lagsung tak berpeluang untuk meluahkan pendapat dan berkongsi dengan mereka yang lebih tahu seperti Tuan Pemikir… jadi saya harap dari tuan pemikir persoalkan keimanan mereka (yang belum pasti lebih beriman atau kurang beriman dari tuan) baik tuan berkongsi perkara sebenar degan kami semua.. sekurang kurangnya salah paham tentang darul saka dapat dibersihkan…..

      Ps : Mohon jika beriman dengan Al Quran dan sunnah. Ikutlah perintah Allah agar lebih sabar dan berhemah dalam menyelesaikan masaalah supaya kita tidak dipandang rendah

  8. [...] Semalam aku mendapat satu maklumat daripada seorang pembaca melalui ruang komen di Post yang bertajuk “Ajaran Songsang – Tok Belagak Darul Saka” . [...]

  9. umar khattab says:

    Sila baca blog darulsaka.blogspot.com pasti akan terjumpa banyak PENYELEWENGAN daripada ajaran Islam sebenar. Antara yg dapat saya kutip adalah seperti di bawah:

    1)menuduh zina dan liwat hanya dengan scan semata-mata:

    lihat http://www.sabritpm.blogspot.com

    beliau menuduh sabri berzina hingga sabri terpaksa mempertahankan diri dengan bersumpah cerai bini talak 3 dan menyatakan Tok Belagak tidak akan berani sumpah cerai bini talak 3 kerana dakwaan zinanya adalah palsu. post dlm blog ini dicopy drp blog sabri catatnota.blogspot.com

    MENGIKUT HUKUM ISLAM MENUDUH ORG BERZINA TANPA MEMBAWA SAKSI ADALAH DIKENAKAN KAZAF IAITU ROTAN 80 KALI.

    lihat http://www.adikbelagak.blogspot.com

    Tok belagak dan adiknya serta gurunya Mat Jali Mat Samin (yang mengajar Abismillah = Adakah dengan nama Allah?) memfitnah UST LOKMAN (yg keluar di Astro Oasis bersama Ashraf Muslim) sebagai meliwat pesakit di Brunei. Blog ini dicopy paste drp blog rozaimy.komputer.com.my, dan artikel di dalam blog itu telah pun didelete oleh rozaimy (adik tok belagak).

    Beliau juga memfitnah USTAZ LOKMAN menggunakan jin dalam rawatannya.

    2)dakwaan BOLEH NAMPAK SIKSA KUBUR

    Boleh layari
    http://darulsaka.blogspot.com/2009/10/zikir-dan-nafas-serta-kaitannya.html
    untuk DAKWAAN BOLEH TENGOK AZAB KUBUR.

    3)Menuduh Ust Ismail Kamus mempunyai SAKA untuk menjatuhkan kewibawaan Ustaz Ismail Kamus.

    4) Mengaku lebih hebat daripada USTAZ HARON DIN dalam perubatan ISLAM. Padahal beliau mengaji pun merangkak-rangkak.

    5)Mengajar zikir ABISMILLAH sama seperti ajaran seorang tua di kaki gunung ledang seperti dalam harian metro dahulu. ABISMILLAH bermakna ADAKAH DENGAN NAMA ALLAH.

    6)Mengaku boleh naik langit dan selamba aje berpuluh kali beryakazah dengan rasulullah saw. Ini terdapat dalam siri ceramah beliau di hadapan murid2 beliau.

    7)Mendakwa Nabi Khidir adalah IBLIS laknatullah. Ungakapan famous dia tentang IBLIS adalah “Biarlah masuk neraka dengan kasih sayang Allah drp masuk syurga dengan kemurkaanNya” ungkapan bangang krn takkan Allah swt nak masukkan org yg dia sayang ke dalam neraka. Beliau bermaksud bahawa Iblis mentaati perintah Allah yg menjadikannya berkarakter jahat dan masuk neraka.

    8)Menyatakan Adi Putra yg mengajar Hang Tuah bersilat adalah Sheikh Abdul Qadir Jailani/.

    9) Menyatakan bukan semua org yang mati akan ke alam barzakh….seperti Hang Tuah, Dandiar yg cuma berpindah alam….dia buat cerita kartun macam agama buddha la pulak. Sila lihat ini

    http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:82CeFqdTYzoJ:darulsaka.blogspot.com/2010/04/derita-sihir-minyak-dagu.html+dandiar+darul+saka&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.google.com.my

    “”Pada tahap tertinggi ilmu Musyahadah…boleh sahaja mati biasa..jasad ditanam.

    Satu lagi tahap ialah just berpesan pada sanak saudara atau murid kaka…Biasanya dia akan berkata di sini tompek DEN berpindah alam….Dia pun melangkahlah dan hilang..ada yg dianggap mati ada yg tidak itu atas perintah Allah s.w.t. Jasad hilang begitu aje. Namun di zaman ini rasanya sudah tiada walaupun masih ada yg mampu berbuat gitu..Sifu DEN pesan sebab banyak urusan dunia berkait rapat. Antaranya harta pusaka, insuran, dll supaya tidak menyusahkan pewaris2 yang tinggal…report polis mesti dibuat..so memang aan menyusahkan pewaris..maka ramai yg memohon mati dalam kaedah berjasad.

    Mati dalam kaedah tanpa jasad ini..selalau di buat tanda oleh ahli keluarga seperti makam. Nmaun bila sudah bergenerasi…cicit2 ke bawah tidak tahu cerita …ingat makam yg di bina itu ada mengandungi jasad/tulang temulang onyang mereka..Walhal isnya di bina sebagai memperingati sahaja.”"

  10. umar khattab says:

    10)Mengaku boleh matikan kote org. Itu pasal murid dia takut dengan dia…

    11) Mengaku boleh scan dari jarak jauh dan tahu apa penyakit itu dan ini hanya dengan beri nama aje. Kebanyakannya saka lah sebab saka dia dpt rm130 kalau buang.

    12)boleh buang saka jarak jauh…(tak caya leh menyamar call nombor ni 0123623594 bg nama org dah mati pas tu suruh dia scan ada sakit atau sihir atau saka…cepat je jawab…

    13)mengaku sifu segala sifu dalam perubatan siap haron din pun kalah

    14)mengajak ‘karma’ (nama samaran seorang pengkomen yg membangkang supaya betting rm2000 utk confirm kote karma dah mati), bab ni rozaimy pun terlibat sekali….boleh tanya dia…sila baca komen dlm post di bawah…

    http://darulsaka.blogspot.com/search?q=satu+pengajaran+buat+den

    15)mendakwa rasulullah KHADAM AYAT QURSI lihat ini

    http://darulsaka.blogspot.com/2009/10/ayat-qursi-dan-kaifiat-mengamalnya.html

    16)mengakui kewujudan DEWA dan dewa bukan dari spesis jin. lihat di bawah:

    http://darulsaka.blogspot.com/2009/11/pakaian-dewa.html

    17)dan banyak lagi boleh dibaca di blog darulsakit.blogspot.com
    umar khattab recently posted..Suatu Nasihat Dari Arifbillah

  11. mrm says:

    Aku ni dah rasa loya dengan darulsaka, suka sangat menghukum org tu sesat, orang tu wahabi, wahabi tu sesat. Macam la darulsaka tu dapat tauliah jadi mufti oleh sultan. Tok mufti Perak pun tak keluar fatwa orang wahabi tu sesat. Maulana jemaah tabligh, Ustaz tabligh pun tak berani hukum orang tu benar-benar sesat.

    Kalau buang saka jarak tu sebenarnya minta bantuan jin-jin,mungkin jin kafir,munafik atau Islam. Jin paling baik pun sejahat-jahat manusia seperti kaum Yahudi yang bunuh berjuta-juta orang Palestin tanpa belas kasihan. Golongan jin tu akan tambah dosa kita sebab mereka memang bermusuh dengan manusia. Matlamat jin kalau boleh nak sesat umat Islam dengan suruh lakukan amalan yang bertentangan dengan syariat Nabi Muhammad saw tanpa disedari umat Islam. Padahal mereka buat perkara bidaah. Jin syaitan cukup suka orang Islam buat benda bidaah. Modal nak pertahankan perkara bidaah tu depa kata itu bidaah hasanah.

    Ada satu golongan mengatakan kami ni pengikut ahlul sunnah wal jamaah dan alim pula tu tapi suka kutuk dan menghukum orang tu sesat. Jemaah Tabligh tak pernah kutuk orang dalam ceramah depa, tak pernah kata orang tu sesat dalam ceramah depa. Darulsaka ni suka sangat kutuk orang, hukum orang tu sesat. Macam depa tu sama taraf dengan para sahabat Nabi Muhammad SAW. Iblis dan suku sakatnya nak tipu umat Islam cukup senang dengan melalui agama. Sebab Iblis tu memang alim sebelum Allah cipta Nabi Adam as. Iblis tahu cara nak belit orang Islam. Kalau kita duduk dengar ceramah Jemaah Tabligh, mereka cerita bab iman dan amal, pesan minta bantuan hanya pada Allah, harap dan takut pada Allah, bergantung pada Allah.

    Darulsaka kembalilah ke jalan yang diredai Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Ingatlah kalau solat dan aqidah kita betul senanglah roh kita dicabut oleh malaikat maut. Nak sambut roh manusia ni bukan khadam atau jin. Kalau roh tu jahat, engkar dengan perintah Allah, malaikat cabut nyawa memang sakit tak terkata. Dengan amalan kita yang dhaif, tak ikut sunnah nabi 100%, adakah kita layak mengatakan kita ni alim dalam semua perkara? Adakah kita ni bawa bendera iman atau bendera syaitan ?

  12. mustaqim says:

    ini namanya fitnah akhir zaman, hmetro ialah sebuah akhbar tabloid (juga pro-bn), maka segala isi dalam akhbar itu juga lebih kepada kontroversi dan bukan fakta. Tujuannya melariskan akhbar tetapi dalam masa yang sama juga menyebar fitnah. Maka tidak hairanlah ramai warga Malaysia meluat baca akhbar pro-bn ini

  13. tanpanama says:

    salam,

    setiap isu kena la jumpa tuan punya diri dulu …. baru la afdhal… kita tidak boleh beri komen tanpa berbuat begitu….mudah kan? ini kerana jika kita beri komen, haaaa…nampak sgt la kita ni mudah kena perdaya oleh mahkluk yg memang nk sesatkan kita.
    lagi satu nk pesan la, kita ini mudah sgt ambil ayat2 pendek dan tafsir ikut sesuka perasaan….ini tidak boleh sama sekali….begitu juga dgn ayat2 alquran pun sama..bukan takat baca terjemahan melayu…tetapi kefahaman dari pelbagai segi ruang lingkup ayat tersebut….ingat ye…jadi, kita kena la buat dan pilih yg terbaik…..jgn la komen kalau tak tahu atau tak paham atau tak kenal…….komen memang keja senang, tapi kalau salah komen korang kena la mintak maaf semula….ini nasihat umum pada semua….islam itu mudah….bukalah minda kita
    ikut cara rasulullah dalam menangani perkara2 diluar pengetahuan kita….ye…bukan hentam shj….kena la selalu sangka baik kan?kalau was2, kena la check kan ?…dan bukan komen…..harap paham ye….

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors